RAFIZI (baby boy Anwar Ibrahim), sekali lagi cuba mengelirukan rakyat dengan dakwaan kononnya Perdana Menteri menipu dalam soal pembekuan aset NFC, apabila menunjukkan beberapa dokumen yang kononnya membuktikan bahawa pengarah NFC, Datuk Seri Muhammad Ismail dan anaknya sedang cuba melupuskan beberapa aset hartanah milik syarikat tersebut.
Beruang taknak cerita panjang pasal pendedahan Rafizi itu kerana semuanya boleh dirujuk di Internet.
Yang Beruang nak jelaskan disini ialah, maklumat dari sumber dalaman NFC sendiri menyatakan bahawa aset-aset yang di dakwa Rafizi akan dilupuskan itu sebenarnya milik NFC Corp, bukan NFC. Aset NFC memang dibekukan seperti mana yang disebutkan Perdana Menteri beberapa bulan lepas, transaksi yang ditunjukkan Rafizi di Parlimen pada Selasa lepas ialah membabitkan NFC Corp.
Jelasnya, tuduhan mengatakan Datuk Seri Najib menipu itu jelasnya tidak benar. Datuk Seri Najib tidak pernah sama sekali mengatakan aset NFC Corp yang dibekukan sebaliknya NFC sahaja.
Apa yang dibuat Rafizi ini sebenarnya cubaan untuk memanaskan isu yang sebenarnya telah sejuk. NFC ini sebenarnya cubaan untuk memalitkan Shahrizat, UMNO dan kerajaan BN dengan skandal tapi jelas dan nyata, kesemua pihak yang disebutkan itu tidak pun terlibat dengan skandal yang disebutkan Rafizi, sebaliknya yang terlibat ialah pihak pengurusan NFC Corp itu sendiri.
Sebab itu yang dibawa dan dituduh di mahkamah hanya suami Shahrizat (Datuk Seri Muhammad Salleh), bukan mana-mana pihak dari UMNO mahupun kerajaan. Shahrizat pun tidak (terbabit), hanya mengiringi suaminya ke mahkamah sahaja.
Itu pun baru bawa ke mahkamah, belum tentu salah ke betulnya lagi.
Pendek kata, dari segi intergritinya, tuduhan asal Rafizi yang mengaitkan ‘skandal’ NFC dengan Shahrizat dan UMNO telah musnah sama sekali dan ini turut diakui rakyat yang jelas tidak beri perhatian kepada apa-apa perkara berkaitan NFC ini lagi dah sejak Ketua Audit negara sendiri mengesahkan tidak ada penyelewengan berlaku dalam pengurusan NFC.
Sebab itu Rafizi cari juga jalan bagaimana nak perhangatkan keadaan, dengan menggunakan lobi parlimen sebagai lokasi ‘pendedahannya’. Konon-konon macam dia dah sama taraf dengan ahli Parlimenlah sehingga boleh beri kenyataan di situ.
Tuan/puan semua perlu ingat, Rafizi tidak ada jasa yang nak ditunjuk kepada rakyat untuk menjustifikasi pemilihannya sebagai calon PKR dalam pilihanraya umum akan datang. Nak kata dia aktivis masyarakat bukan, kata kata ahli agama pun bukan, jadi Anwar perlu reka satu isu untuk mempopularkan Rafizi, sama seperti Anwar mereka himpunan Bersih untuk mempopularkan Ambiga.
Dari Beruang Biru
Kepada Anon Apr 6, 2012 07:36 PM,
ReplyDeleteTerimakasih atas maklumat anda. Aku memang dah lama cari peluang macam ni.
Cuma,
blog 24 jam macam inilah yang memberikan peluang kepada anda untuk mewar-warkan peluang sebegini. Lagi banyak cerita menarik, lagi ramai yang datang dan dapat membaca peluang yang anda sampaikan. Semoga blog-blog sebegini dipergunakan sebaik-baiknya.