Konco-konco ku

Wednesday, April 4, 2012

FILEM 'DAJJAL DI MATAKU' MASUK EPISOD KE-2.

'Dajjal Di Mataku' Musim Baru telah memulakan penggambarannya siang tadi yang berlokasi di Kampung Kerinchi. Pelakon hebat serba boleh Adam Adli telah berjaya menambat hati penerbit drama dan filem Anwar Ibrahim yang kini telah membuka syarikat produksi sendiri iaitu Rabak Production.

Babak yang dilakonkan oleh Adam Adli sungguh terkesan dihati penonton dengan lakonan penuh emosi. Aksi-aksi berani mati seperti dimaki sudah menjadi makanan hariannya inikan pula hendak beraksi ditumbuk dimata. Betapa hebat lakonan Adam Adli yang dengarnya dibayar lebih RM10,000 untuk aksi sebabak itu sahaja.

Wartawan sempat menemubual Adam Adli dari mana beliau mula mendapat semangat untuk berlakon ditumbuk? Adam Adli membalas yang penerbit Anwar Ibrahim adalah idolanya dan dari beliaulah dia mendapat kekuatan untuk melakonkan watak tersebut. 

Anwar Ibrahim yang dahulu pernah muncul dengan lakonan telefilem bertajuk 'Dajjal Di Mataku' dan seterusnya berjaya menaikkan nama beliau sehingga tercalon dalam kategori Pelakon Lelaki Popular dalam ABPBH tahun lepas sebaris dengan pelakon terkenal lain seperti Shahizey Sam, Zul Huzaimi, Rosyam Nor, dan Aaron Aziz (Mat Haron Mustaffa bin Mat Aziz). Namun kalah tipis kepada Shahizey Sam.

Setelah kejayaan yang boleh dibanggakan, kini, Anwar Ibrahim melangkah setapak lagi dengan menampilkan muka baru, Adam Adli, yang kini bernaung di bawah syarikat produksinya. 

Filem bergenre Aksi Komedi ini dijadualkan akan siap penggambaran pada 3 Jun 2012 dan akan ditayangkan sebulan selepas itu dengan tempat cadangan pertama untuk pra-tonton di Alamanda, Putrajaya. Nantikan kemunculan filem terbaru Rabak Production, arahan Nurul Izzah yang menampilkan gabungan muka baru dan lama tidak lama lagi.

Mari kita saksikan sedikit trailer Filem 'Dajjal Di Mataku' Musim Baru. SELAMAT MENONTON.


3 comments:

  1. haha..cam sial je ayat..

    ReplyDelete
  2. Tengok muka hero pun macam sial je..!!!! Muka gangster kampung dusun, silap tempat nak tunjuk hebat kat Kerinchi tu...

    Kah kah kah kah kah kah

    ReplyDelete
  3. Semangat tengok Kerinci nih...

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...