Pengundi ‘atas pagar’ (Digelar Poros Tengah di Indonesia) yang beberapa waktu lalu masih belum membuat keputusan, kini diberitakan mulai menyokong Pakatan Rakyat, suatu tanda positif ke arah kemenangan Barisan Nasional dalam PRU Ke-13 akan datang.
Jentera Barisan Nasional membuat tinjauan di pelbagai lokasi, terutama di pasar malam, pasar tani, hentian bas dan teksi, pusat membeli belah dan sebagainya dengan mendengar perbualan orang ramai mengenai isu-isu yang berbangkit yang lebih menjurus kepada ketidak telusan Pakatan menjelang pilihan raya akan datang.
Perbualan rakyat di pelbagai majlis jamuan di pelbagai tempat yang bercakap mengenai pembaziran, pemborosan, rasuah, penyelewengan dan lebih dahsyat lagi tentang kes liwat dan skandal seks Anwar yang tiada penghujungnya.
Ulasan dan pesanan yang terpancar dari SMS, Twitter, Facebook, malah ulasan dari pembaca di pelbagai blog dan website serta tulisan orang awam dari pelbagai media alternatif juga menunjukkan betapa sokongan terhadap kepimpinan DS Najib telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia.
Menurut pemerhati, perkembangan menarik ini telah bermula seawal akhir tahun 2008 setelah Pakatan berjaya memerintah 5 negeri dan pelbagai kebocoran telah berlaku semenjak pengambilalihan tampuk pemerintahan negeri. Satu demi satu isu yang melibatkan penyelewengan Pakatan terhadap rakyat telah timbul dan perkara ini amat merisaukan rakyat jika pakatan terus memerintah negeri mereka.
Bantuan Rakyat 1 Malaysia yang dinilai dari keberkesanannya telah menggembirakan hati semua rakyat berbilang bangsa dan agama. Idea Najib yang bernas ini merupakan satu 'turning point' yang cantik untuk merapatkan lagi hati rakyat dengan pimpinan BN. Dengan janji BN yang telah tertunai kepada semua golongan dari yang muda hinggalah warga emas, diyakini beberapa negeri yang terlepas kepada Pakatan akan di ambil kembali oleh Barisan Nasional dalam PRU-13 akan datang ini.
Oleh itu, jika pengundi golongan muda dan golongan ‘atas pagar’ ini terus menerus menyokong Barisan Nasional, maka JB percaya, Insya-Allah, Malaysia dapat mengekalkan pemerintah yang dipilih oleh rakyat.
Oleh itu, Barisan Nasional perlu fokus kepada dua golongan ini, di samping tidak melupakan pengundi biasa dan luar bandar. Jika pilihan raya berlansung pada 3 Jun ini, seperti yang dihebohkan, Barisan Nasional perlu memanfaatkan masa yang singkat ini sebaik-baiknya.-JawaBernam
No comments:
Post a Comment
comment please.....