Konco-konco ku

Wednesday, June 12, 2013

DISKRIMINASI MAJIKAN CINA TERHADAP CALON MELAYU!! FAKTA MENARIK!!

Kedudukan bangsa seseorang calon lebih diambil kira jika dibandingkan dengan kualiti kelayakan untuk dipanggil temu duga mendapatkan pekerjaan dalam syarikat dimiliki orang Cina dan syarikat Antarabangsa di negara ini.

Ini adalah penemuan dua orang pensyarah kanan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid dari Jabatan Pengajian Pembangunan, Universiti Malaya hasil suatu eksperimen selama enam bulan yang mereka lakukan untuk mengetahui sama ada panggilan untuk temu duga calon-calon yang memohon didasarkan kepada etnik pemohon.

Dr Lee membentangkan penemuan mereka di seminar “Tahap Diskriminasi: Bangsa dan pengambilan Graduan di Malaysia” anjuran Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

Apa yang dihasilkan adalah berdasarkan suatu kajian mereka terhadap syarikat-syarikat di sini dengan menghantar ‘resume’  kelayakan calon rekaan terdiri dari Melayu dan Cina yang mempunyai kelayakan yang hampir serupa yang baru lulus universiti kepada syarikat yang mengiklankan kerja kosong.

Analisa jumlah panggilan untuk di temu duga hasil dari permohonan yang mereka hantar itu mendapati secara keseluruhan 22.1% daripada pemohon Cina menerima panggilan untuk ditemu duga berbanding dengan hanya 4.2% pemohon Melayu yang dipanggil.

Dr Lee berkata mereka amat berhati-hati memastikan resume yang dihantar adalah hampir sama dari segi kualiti antara pemohon Melayu dan Cina untuk mengetahui apakah pemilihan berdasarkan bangsa pemohon.

Beliau bagaimana pun mengingatkan media berhati-hati membuat rumusan kerana kajian mereka hanya untuk mengetahui perbedaan pemilihan calon bukannya untuk mengetahui kenapa graduan Cina dipilih.

Walau bagaimanapun, beliau mengakui wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu dari majikan. Didapati 24% pemohon berbangsa Cina dipanggil untuk temu duga berbanding hanya 6.8% pemohon Melayu diterima untuk temu duga bagi syarikat milik Cina.

Kajian mereka juga mendapati syarikat dimiliki Melayu sendiri memilih pemohon Cina di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 6.8 % berbanding hanya 4.8% untuk graduan Melayu.

Dr Lee tidak pula mengatakan apakah itu menunjukkan orang Melayu tidak mendiskriminasi kaum Cina.

Bagi syarikat Antarabangsa 22.9% calon Cina dipanggil untuk temu duga manakala tidak seorang pun calon Melayu menerima panggilan.

Kajian Dr Lee dan rakannya tidak melibatkan graduan dari luar negara. Bagaimana pun penemuan mereka turut menunjukkan calon dari Universiti Awam yang sudah lama ditubuhkan menjadi pilihan berbanding dengan universiti sewasta.

Dr Lee berharap kajian itu digunakan dalam konteks yang betul. Ia hanya menunjukkan wujudnya diskriminasi terhadap graduan Melayu tetapi untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi itu kajian yang lebih mendalam perlu dijalankan.

Beliau berharap hasil kajian itu tidak seharunya digunakan untuk menuduh majikan Cina fanatik kaum walaupun terdapat diskriminasi terhadap orang Melayu dan memandangkan Melayu juga adalah kaum majoriti negara ini.

Dr Lee berkata adalah mustahil untuk mengetahui kenapa berlaku diskriminasi demikian tetapi mengakui terdapat isu yang harus ditangani tetapi ini akan menjadi sukar jika penemuan tersebut digunakan sebagai senjata untuk menegakkan agenda tertentu.

Beliau bagaimana pun berkata tentunya ada pihak yang tidak setuju dengan penemuan itu dan cuba menidakkannya tetapi hakikatnya masalah itu perlu diselesaikan.

Tidak ada jalan mudah untuk menyelesaikan masalah rumit mengenai hubungan kaum tetapi ia wajib dibincangkan di peringkat kebangsaan dengan niat yang ikhlas untuk mencari penyelesaian yang adil.

Hadir di seminar tersebut adalah Timbalan Pengarah IKMAS, Prof Dr Tham Siew Yean, ahli akademik dan wakil media.

Sumber: UKM Portal Berita

3 comments:

  1. Apa boleh buat? Najib suka dengan benda seperti ini. X percaya? Pernahkah dia bising pasal benda ni? Dengan kejadian2 seperti ini, dia akan tambahkan lagi peruntukan untuk orang cina dan india. Melayu bagi BR1M, PRU akan datang tetap akan undi. Adik dia pula ..... . Malas nak cakap panjang.

    ReplyDelete
  2. "Kajian mereka juga mendapati syarikat dimiliki Melayu sendiri memilih pemohon Cina di mana kadar panggilan balik terhadap pemohon dari graduan Cina adalah 6.8 % berbanding hanya 4.8% untuk graduan Melayu."

    Dalam apa jua keadaannya, Petualang Melayu dan kita semua akan sama-sama jatuh.....melainkan kalau Melayu bersatu.....itu saja jalannya.

    ReplyDelete
  3. Perkara ni mmg dah lama berlaku.
    Dari segi gaji pun sama. Kaum cina akan dapat lebih dr kaum lain.
    Ni mmg hakikatnye. Tapi apa nak buat...pemimpin2 Melayu pun lebih sebok nak kumpul harta sendiri dpd ambik kisah tentang saudara sebangsa sendiri. Sekarang yang saya tgk pakar2 motivasi mcm profesor Muhaya...wardina...heliza..ustad don yang lebih banyak motivate kita. Pemimpin politik? hmmmm dah dapat kuasa babai lah....tunggu lagi 4/5 tahun lagi baru terhegeh2 muncul.

    ReplyDelete

comment please.....