Konco-konco ku

Friday, June 7, 2013

KHALID-AZMIN BERTELAGAH TENTANG HASIL BUMI SELANGOR??

Kerajaan negeri mendakwa aktiviti perlombongan batu kuartza di kawasan Permatang Kuartza Klang Gate di Gombak yang merupakan tapak cadangan Taman Warisan Dunia adalah kegiatan haram.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ini kerana kerajaan negeri tidak pernah mengeluarkan lesen untuk aktiviti perlombongan di sepanjang lima kilometer kawasan tersebut yang merupakan permatang kuartza terpanjang di dunia.

Sehubungan itu, kata beliau, pihaknya telah mengarahkan Jabatan Mineral dan Geosains menyediakan laporan terperinci jumlah batu kuartza yang telah dikeluarkan dari kawasan tersebut dan kerosakan akibat kegiatan perlombongan haram berkenaan.

"Laporan itu dijangka disiapkan dalam tempoh dua minggu bagi memberi peluang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti kawasan batu kuartza yang mungkin telah diceroboh.

"Kita juga telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak serta Hulu Langat supaya meningkatkan pemantauan di kawasan Permatang Kuartza itu," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini petang ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar tempatan semalam mengenai pembongkaran kegiatan perlombongan batu kuartza di Permatang Kuartza Klang Gate di Gombak sewaktu pemeriksaan oleh Pejabat Tanah dan Daerah Gombak diketuai oleh pegawainya, Datuk Norhisham Ahmad Dahalan.

Menurut Abdul Khalid, mereka yang didapati terlibat menjalankan perlombongan haram ini boleh didakwa atas kesalahan menjalankan perlombongan tanpa lesen, menceroboh dan mencuri. - Utusan

JawaBernam: Adakah Azmin turut terlibat dalam kes batu kuartza di Gombak ini sebagai balas dendam terhadap Khalid yang menidakkan hak nya untuk menjadi exco Selangor? Sama-sama kita nantikan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....