Konco-konco ku

Thursday, June 13, 2013

LIABILITI BESAR PEMERINTAHAN NAJIB RAZAK ADALAH ADIK KANDUNGNYA SENDIRI!!!

Saya tidak terkejut dengan pujian terbaru DS Nazir Razak terhadap CEO AirAsia X yang dikritik hebat kerana "mengutuk Utusan Malaysia" secara melampau - pada saya yang pernah bertemu dan mewawancara DS Nazir Razak - sikap beliau tersebut adalah "normal" - kerana sejak tahun 2008 lagi, sewaktu saya bertandang ke pejabat beliau, beliau secara tersirat sememangnya telah menunjukkan sedikit sebanyak sikap "kurang senang"nya dengan beberapa agenda yang jelas membantu orang Melayu. 

Nazir Razak pernah mengkritik DEB dan mendakwa dasar tersebut sebenarnya telah banyak merugikan orang Melayu, malah sewaktu saya mewawancara beliau, secara peribadi beliau telah meminta agar kenyataannya berhubung DEB tidak akan saya paparkan di dalam rencana utama Majalah Dewan Ekonomi - walaupun saya tidak mengendahkan permintaan beliau dan menerbitkan juga rencana tersebut - setidak-tidaknya sejak tahun 2008, saya sudah dapat menghidu gaya "pemikiran" beliau terhadap segala dasar kerajaan yang selama ini begitu banyak membantu orang Melayu. Baca lagi di SINI.

1 comment:

  1. Najib juga liabiliti kepada diri sendiri dan UMNO.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...