Konco-konco ku

Tuesday, June 18, 2013

PENJELASAN YB BUDIMAN. KENAPA TOLAK #BLACKOUT505 !!!

1. Pihak Pakatan masih lagi tidak dapat menerima keputusan PRU ke 13 yang mereka fitnah sebagai pilihanraya penuh dengan penipuan. Jika pilihanraya ini penuh dengan penipuan tentunya mereka tidak memenangi Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Bahkan mereka menang majoriti dari Parlimen di Wilayah Persekutuan.

2. Demi menyemai persepsi kebencian berterusan pihak Pakatan sangguh menfitnah terdapat 40,000 pengundi Bangladesh. Berlaku kejadian padam lampu ketika pengiraan undi - sehingga kini dakwaan tersebut tidak dapat dibuktikan.

3. Rakyat perlu sedar mereka perlu fokus untuk membangunan negeri yang mereka menang. Isu perumahan di Selangor dan Pulau Pinang. Isu peluang pekerjaan di Kelantan haruslah menjadi keutamaan mereka.

4. Mengapa kami di Sungai Besar menolak Perhimpunan ini? Majoriti pengundi di kawasan ini menolak Pakatan. Ini diterjemah melalui undi di Parlimen Sungai Besar dan DUN Sungai Panjang. Lokasi kawasan (Tonggak 10) berhampiran jalan utama Sabak Bernam - Kelang. Ini akan menyebabkan kesesakan lalu  lintas dan menyusahkan rakyat.

5. Buatlah di Stadium. Jika mereka mengidam sangat untuk diadakan di Sungai Besar mereka boleh adakan di Stadium Sungai Besar. Baca lagi di SINI.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...