Konco-konco ku

Friday, June 7, 2013

SOKONGAN ORANG POLITIK BUKTI PAKATAN SEPAKAT HINA AGONG!!

RASANYA tak perlu nak terkejut jika ada pemimpin politik yang bertindak menyokong kenyataan si penghina-penghina YDP Agong. Sudah acap kali kedengaran apabila ada yang berkaitan Melayu yang disebut oleh orang bukan Melayu, maka pasti adanya sokongan dari ahli politik pembangkang di Malaysia. Apa sudah jadi?

Gooi Hsiao Leung, Ahli Parlimen Alor Setar baru-baru ini menyokong kenyataan berbaur penghinaan terhadap YDP Agong oleh seorang penyokong pakatan yang juga dari kaum yang sama iaitu, Melissa Gooi. Dalam satu status dalam akaun facebook beliau Melissa Gooi mempersoalkan sesiapa yang mendengar titah Agong semasa majlis Keputeraan YDP Agong pada hari Sabtu yang lepas. Status tersebut dibalas dengan komen-komen pedas dari rakan-rakan beliau yang berupa penghinaan terhadap Agong. Dah dasar orang gasar memang adatnya begitu, apa sahaja yang tidak kena dengan Melayu pasti disanggahnya. Jika hak Melayu dan Bumiputra berani disanggah, ini kan pula YDP Agong yang merupakan Raja Melayu di Malaysia. Sudah hilangkah jatidiri sebagai rakyat Malaysia? Sudah benci sangatkah kepada orang Melayu?

Dalam kenyataan Gooi Hsiao Leung, beliau mendakwa yang tiada ancaman terhadap keselamatan negara yang boleh digugat hanya berdasarkan status facebook yang dinaikkan oleh tertuduh. Meh aku tolong jawab kan. Ahli Parlimen Alor Setar ni tau tak makna hormat? biadap? hina? Kalau masih kurang tahu atau tidak tahu harap masuk sekolah balik belajar bahasa Melayu. Ini Tanah Melayu, bukan Tanah Besar China yang boleh suka-suka hati menghina Raja Melayu dengan sebegitu rupa. Apa tidak diajarkah mata pelajaran sivik di sekolah Cina?

Sedangkan rakyat Thailand dihukum dengan seberat-berat hukuman kerana menghina Raja Thailandnya, ini kan pula di Malaysia. Syukur kerana kalian lahir dan diberi keistimewaan yang sama rata di Malaysia. Bayangkan jika di negara lain adakah kalian dari kaum Cina akan dipandang tinggi melebihi kaum yang memang penduduk asal Tanah Melayu? Siapa kalian jika kedaulatan Raja Melayu ini akan berkata 'nyah' kalian bangsa Cina dari Persekutuan Tanah Melayu? Masihkah punyai hak untuk bersuara?

Undang-undang dibuat oleh pemerintah untuk dipatuhi. Benar, memang di Malaysia punyai hak kebebasan bersuara yang paling longgar penguatkuasaannya tetapi bercakap biarlah berpada. Yang salah tetap salah. Tiada campur tangan politik dalam hal sebegini. Perkara ini hanyalah melibatkan si penghina, Melissa Gooi dan kedaulatan YDP Agong sebagai mangsa penghinaan. Apa lagi yang Cina mahu?

Kenyataan Ahli Parlimen Alor Setar, Kedah :-

Seorang MP PKR Gooi Hsiau Leung mendakwa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia menyalahgunakan kuasa dalam tindakan menahan seorang wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong melalui tulisan di Facebook.

MP Alor Setar itu berkata, beliau berpendapat bahawa tulisan berkenaan bukanlah satu ancaman atau gangguan seperti yang dinyatakan sebagai kesalahan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Sebaliknya, Gooi yang juga seorang peguam berkata perbualan di Facebook itu – yang kini menjadi beredar di Internet – hanya merujuk kepada ucapan Agong dan bukannya ke atas mana-mana individu.

"Saya telah membaca rakaman skrin perbualan Melissa Gooi bersama kawan-kawannya di Facebook mengenai ucapan Yang Di-Pertuan Agong dan mendapati tidak ada unsur gangguan atau ancaman yang dibuat terhadap sesiapa yang boleh disifatkan sebagai satu kesalahan di bawah akta tersebut.

"Tidak ada justifikasi di bawah undang-undang untuk menangkap Melissa Gooi melainkan bahawa tangkapan tersebut bermotif politik untuk memuaskan politik pemimpin-pemimpin BN yang telah mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia secara awam untuk mengambil tindakan.
"Penangkapan Melissa Gooi adalah suatu penghinaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang mengambil berat tentang kebebasan hak bersuara dan hak meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berasa terancam atau diugut untuk ditangkap.

Oleh itu, beliau mengandaikan bahawa siasatan yang turut melibatkan empat rakan wanita tersebut sebagai "tidak berasas"

Gooi juga berkata penahanan berkenaan merupakan "penghinaan kepada semua rakyat Malaysia" kerana ia menghalang kebebasan mereka untuk bercakap dengan terbuka dan tidak ditakut-takutkan.

Wanita berusia 32 tahun itu ditahan pasukan polis pada pagi 4 Jun lalu di Ampang, Selangor.

Polis Kuala Lumpur menyebut, siasatan dijalankan ke atas wanita tersebut mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 - MK

3 comments:

  1. Tak salah untuk doakan kehancuran buat si kafir ini.Hina Agong seolah menghina Islam kerana jelas Agong adalah Ketua Agama Islam negara kita.Aku harapkan kecelakaan ke atas si kafir ni..supaya boleh buat PRK & dapat YB yang lebih bermoral.

    ReplyDelete
  2. Berapa lama PAS perlu masa ( 5 tahun ? )untuk mentarbiah pengikut-pengikut DAP/PKR bagi menghayati Kesucian Islam ?

    Mungkin dah boleh wujudkan JAWATANKUASA Majlis Berkhatan Beramai-ramai....untuk Ahli PKR/DAP yang belum berkhatan....
    Buat cara Tradisional....
    Dukung mereka dari Sungai ke Rumah Pasung.....

    ReplyDelete
  3. kita orang melayu seharusnya tanya pada diri kita sendiri, kenapa bangsa lain sanggup melakukan perkara sebegini. Pihak istana juga harus sedar bahawa setiap tingkah laku keluarga diraja akan diperhati oleh rakyat. Banyak sudah cerita2 sultan2 melayu yang dibincangkan secara terbuka dikedai kedai kopi oleh masyarakat atas kelakuan yang mereka lakukan baik yang buruk atau yang baik. Seharusnya Majlis Raja Raja membuat sesuatu untuk meletakan pihak istana dan keluarga Diraja dihormati oleh rakyat. Pihak istana serta ahli keluarga terdekat jangan libatkan diri dalam mana2 persatuan dan perniagaan. Jika mahu libatkan juga maka mereka seharusnya meletak segala kedudukan dalam istana. Contoh yang nyata tentang Duli Yg Maha Mulia Sultan Pahang. Baginda memegang jawatan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia. Apabila kita membuat teguran akan kepimpinan persatuan bolasepak maka secara langsung kita membuat teguran kepada seoarang sultan. Apabila sultan ditegur sebagai kapasiti presiden persatuan maka ada dikalangan orang akan mengatakan yang kita menderhaka pada sultan. Bergitu juga bilamana anak2 sultan terlibat dalam perniagaan. Contoh seperti anak Paduka Sultan Perak. Puteri Baginda adalah salah seorang rakyat terkaya dinegara kita. Jika pihak istana pun turut serta dalam perniagaan apa yang rakyat boleh dapat lagi. Seharusnya raja menjadi perlindung kepada rakyat bukan menjadi persaing kepada rakyat.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...