Konco-konco ku

Friday, June 28, 2013

KETUA CABANG TANJONG KARANG MENIPU DUIT RAKYAT BERNILAI RM50,000!!

GEMPAR!! Berita yang baru disampaikan semalam dan sejak semalam sehinggakan ke sekarang masih lagi berlegar dengan kes penahanan bekas Pegawai Khas Menteri Besar Selangor, Khalid Gagap iaitu Yahya Sahri yang juga calon PKR bagi DUN Permatang. 

Diberitakan yang Yahya Sahri ni telah menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dengan meminta sumbangan bernilai RM50,000 bagi Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Haram di Stadium Kuala Selangor pada lima tahun lepas. Atas kesalahan menipu itu, Yahya Sahri bakal dipenjarakan 2 tahun dan 2 kali sebatan.

Ok lah. Itu antara sudut berita yang dilaporkan secara formal kepada rakyat bagi menilai sendiri badan kehakiman negara yang puak pakatan labelkan sebagai kroni UMNO itu. Tidak mengira dari pemimpin mana sekalipun, yang salah tetap salah. Kalau betul badan kehakiman itu menyebelahi UMNO confirm Yahya Sahri akan dikenakan hukuman yang lebih teruk dan berat dari itu.

Siapa yang tak kenal Yahya Sahri di Tanjong Karang dan kawasan sekitarnya. Jika dahulu sebelum PRU13 berlangsung, Yahya Sahri dan Ng Suee Lim (Sekinchan) adalah tag team dalam menghentam Noh Omar di Tanjong Karang. Daripada isu kolam udang sehinggakan kepada isu botol air mineral BN yang diedarkan hampir semua diutarakan sebagai isu besar.

Yahya Sahri dahulunya pernah bercita-cita untuk bertanding menjadi Naib Presiden PKR namun tidak dapat kerani hubungan beliau dengan Azmin Ali tidak 'ngam'. Azmin dapat menghidu lebih awal yang calon Permatang ini adalah orang kanan dan kepercayaan musuh politik utamanya, Khalid Gagap. Oleh kerana itu Yahya Sahri kalah dalam pemilihan akibat sabotaj dari kumpulan Azmin Ali. Ini fakta.

Berkenaan kes Yahya menipu duit rakyat bernilai RM50,000 dengan memperbodohkan Presiden KDEB, itu hanyalah satu kes yang baru di bawa ke mahkamah. Cuba kalian tanya sendiri di Tanjong Karang, berapa banyak duit rakyat yang telah ditipu oleh si penipu ni. Semasa menjadi wakil kutipan zakat MAIWP berapa banyak duit yang telah dikutip tapi tidak direkodkan? Kita cuma bertanya bukan menuduh....

Jadi tidak hairanlah, sebelum berkuasa lagi sudah pandai menipu duit rakyat inikan pula selepas Selangor jatuh ketangan pakatan. Tidak mustahil mangkuk ni boleh putar semata-mata untuk dapatkan duit RM50,000 dari si Presiden KDEB. Al maklumlah, time Majlis Sambutan 100 Hari tu Yahya bertindak sebagai Pengarah program. Memang ada kuasalah nak MENIPU!!


JOM LIKE FANPAGE

No comments:

Post a Comment

comment please.....