Konco-konco ku

Friday, June 14, 2013

BERAT TUDUHAN YANG DILEMPARKAN OLEH KETUA PEMUDA UMNO SELANGOR NI!!!

"Saya berani bersumpah Zin Badak menerima sejumlah wang dari Anwar Ibrahim untuk pastikan BN kalah di Selangor" - Ungku Salleh
SEMALAM heboh di laman media sosial milik pro-BN yang mendakwa Ketua Pemuda UMNO Selangor, Ungku Salleh berkata yang Timb. Pengarah Pilihanraya Selangor, Dato' Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed ada menerima wang daripada Ketua Pembangang, Anwar Ibrahim untuk memastikan BN kalah teruk di Selangor pada PRU13 yang lepas.

Dalam blog www.inigoblokpolitik.com ada mendedahkan yang Ungku Salleh ada menyebut dan sanggup bersumpah dihadapan beberapa rakan blogger yang Ir. Zin memang ada menerima wang dari Anwar. 

Pada mulanya aku pun tak percaya sehinggalah aku sendiri yang menelefon rakan yang mengaku setiap pertuturan Ungku Salleh itu memang BENAR ada diluahkan sendiri oleh Ketua Pemuda Serdang tersebut semasa Hari Belia Putrajaya 2013 yang lalu. Ini memang benar-benar mengejutkan aku. Bukan seorang yang mendengar tetapi ada lagi rakan-rakan yang lainnya. Benarkah begitu Ungku Salleh?

Malam tadi juga beberapa orang rakan ingin mendapatkan kepastian dari empunya diri, Ungku Salleh namun panggilan yang dibuat tidak dapat dihubungi. Mungkin beliau sedang bercuti ataupun sengaja tidak mahu menjawab sebarang pertanyaan dari mana-mana pihak. Kalau salah kenapa perlu tutup telefon?

Aku tak berani nak mengulas panjang lebar kerana perkara ini perlu diteliti dengan betul. Jika benar seperti yang didakwa oleh Ungku Salleh, harap ada bukti yang bakal dikemukakan. Jika ungkapan Ungku Salleh ini adalah fitnah dengan niat untuk menjatuhkan Ir. Zin, Ir. Zin harus membela diri dan bawa perkara ini kemuka pengadilan kerana ini boleh merosakkan parti dan diri sendiri. 

Pelik! Kemana hilangnya Ungku Salleh???

3 comments:

  1. lah kan hobi najib letakkan pembangkang tegar post2 utama...sepatutnya kita lebih bersyukur

    ReplyDelete
  2. Sila siasat Zin.

    ReplyDelete
  3. Zin Jangan Guna Nama BN Untuk Kepentingan Diri Sendiri

    http://zinbadak.blogspot.com/

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...