Konco-konco ku

Saturday, February 2, 2013

MP KUALA LANGAT BERI TANAH PKNS PULAU CAREY PADA KRONI INDIA NYA!!!


Ahli Parlimen Kuala Langat yang sebelum ini terbabit dalam kontroversi dan skandal rumahtangga, Abdullah Sani, cuba menonjolkan namanya semula setelah melihat penentangan penduduk kepada PKR dan Pakatan Rakyat di seluruh Kuala Langat. Abdullah Sani bagaimanapun, tidak melihat pengundi Melayu sebagai peluang untuknya mengekalkan kerusi yang sedang disandangnya, sebaliknya Abdullah Sani cuba mengambil hati pengundi-pengundi India yang dilihatnya lebih mudah untuk ditipu dan diperdayakan, sepertimana yang berlaku pada tahun 2008 ketika dia memenangi kerusi berkenaan dan PKR secara amnya, di Selangor.

Daripada maklumat yang kami terima, Abdullah Sani telah mengetuai PKR Kuala Langat dalam usaha mengeluarkan geran tanah kepada masyarakat atau lebih tepat lagi pengundi India di Pulau Carey bagi tujuan memancing undi dan sokongan.

Ketika memenangi kerusi Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani telah berjanji kepada para pengundi yang tinggal secara haram, Pakatan Rakyat akan memberikan geran tanah dan hakmilik tanah yang diduduki kepada para pengundi berkenaan. Bagaimanapun, selepas hampir lima tahun Pakatan Rakyat memerintah Selangor, jangankan geran tanah, Abdullah Sani sendiri pun, tidak pernah menampakkan muka di kawasan terbabit kerana takut dia akan didesak tentang pemilikan serta geran tanah yang dijanjikannya.

Apatah lagi, Abdullah Sani sememangnya seorang Ahli Parlimen yang tidak bertanggungjawab kerana sepanjang masa dia bergelar Ahli Parlimen, masanya lebih banyak dihabiskan untuk BERCINTA dengan isteri barunya sekarang. Manakala peluang berada di Dewan Rakyat pula, seringkali digunakan untuk menghentam Najib Abdul Razak dan isterinya, Rosmah Mansor berbanding membawa masalah rakyat di Kuala Langat untuk dibincangkan. Lagi cerita panas di SINI.

1 comment:

  1. Sampai hari ini Blok A, Blok B dan Blok C yang dimiliki oleh orang melayu di Pulau Carey telah diberikan geran hakmilik tetapi pada waktu sama Blok D yang dimilki oleh kaum India hingga hari tiada deberiakn geran hak milik....jangan buat ceriat alah kadar dan membuat fitnah....bodoh

    ReplyDelete

comment please.....