Konco-konco ku

Wednesday, October 3, 2012

CELENG SEKINCHAN NG SUEE LIM SEMAKIN SASAU MEMFITNAH NOH OMAR!!


Sejak kebelakangan ini nampak sangatlah ahli dewan undangan Negeri (ADUN) Sekinchan iaitu Ng Sue Lim kehabisan modal untuk memfitnah Menteri Pertanian Asas Tani DS Noh Omar

Bercakap tentang tanah udang tersebut menampakkan mereka ini dalam keadaan terdesak pada ketika ini kerana jelas sekali. projek udang ini dah mula 16 tahun dulu.Projek itu bermula,dan pada ketika itu DS Noh Omar belum menjadi menteri lagi.

DS Noh Omar menegaskankan baru2 ini bahawa  tindakan yang diambil oleh Sue Lim dengan membangkitkan isu tersebut jelas membuktikan beliau tidak mengetahui mengenai proses permohonan tanah.

“Saya nampak apabila ADUN DAP tersebut makin banyak bercakap, semakin menampakkan kebodohan beliau sebagai pemimpin,” ujar DS Noh Omar.

DS Noh meminta supaya Ng Sue Lim memahami betul-betul proses permohonan untuk mendapatkan pemilikan tanah sebelum membuka mulut dan menampakkan kelemahan diri sendiri.

“Untuk mendapatkan tanah, pertama sekali mestilah perlu memohon, selepas mohon, masuk ke jawatankuasa tanah, selepas jawatankuasa dah lulus, baru masuk mesyuarat exco. Exco lulus, baru keluar borang 5A,” katanya.

Selain itu Noh turut mencabar Sue Lim supaya menyemak semula bila tarikh EXCO meluluskan permohonan pemilikan tanah beliau.

“Saya cabar ADUN Sekinchan supaya membuka semula fail dan tengok bila EXCO meluluskan permohonan tanah saya tersebut,” katanya lagi.

Noh menjelaskan permohonan tanah diluluskan oleh mesyuarat EXCO kerajaan negeri pada 8 Mac 1995 sedangkan beliau menjadi calon Ahli Parlimen pada April 1995.

Ng Sue Lim
“Lebih banyak beliau bercakap mengenai tanah tersebut, lebih banyak menampakkan kebodohan diri sendiri kerana projek tanah udang ini sudah berjalan sejak 16 tahun dahulu,” katanya.

Terdahulu, Sue Lim mempertikaikan mendakwa Noh berbohong berhubung pemilikan tanah seluas 30 hektar yang menjadi tapak untuk projek penternakan udang.

Sue Lim mengemukakan dokumen yang didakwa membuktikan bahawa pemilikan tanah Noh ke atas tanah di Tanjung Karang itu hanya didaftarkan selepas menteri tersebut menjadi MP kawasan berkenaan pada 1995.

Hari ini, Sue Lim sekali lagi menasihati Noh agar tidak lari daripada isu pokok mengenai pemilikan tanah dan bukannya mempersoalkan kelulusan mesyuarat EXCO dan Borang 5A bagi tanah tersebut.

“Tidak perlu mengeluarkan banyak kenyatan seperti yang telah dilakukannya. Saya tidak mahu menampakkan kebodohan dan kelemahan diri sendiri seperti beliau. Cukuplah dengan apa yang saya sudah jelaskan sebelum ini.

No comments:

Post a Comment

comment please.....