Konco-konco ku

Monday, April 2, 2012

RANI KATA ISU MURTAD ADALAH HAL KECIL??? GILA KE APA ORANG TUA NI???


SHAH ALAM 2 APR : Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abd Rani Osman menyifatkan tindakan bekas Exco Selangor Datuk Hasan Ali yang akan mendedahkan video cubaan memurtadkan umat Islam dinegeri itu hari ini, sebagai sesuatu yang kecil dan tidak perlu dilayan.

Menurutnya, banyak lagi isu yang lebih besar perlu diberi tumpuan seperti dakwaan wujudnya pengundi hantu dan rasuah.

Malah beliau juga memberitahu, PAS Pusat juga tidak akan menghantar wakilnya bagi mengikuti pendedahan yang akan dibuat Hasan yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor.

“Pas Selangor sudah mendapat arahan daripada Pas Pusat, tidak perlu layan apa yang dia hendak cakap. Banyak lagi benda besar yang hendak berikan tumpuan seperti pengundi hantu, rasuah. Kita pandang isu ini isu kecil sahaja, bagi Pas Selangor, ini (pendedahah video) tidak penting.

“Kita tidak galak ahli pergi tetapi kalau ada yang pergi tidak mengapa, terpulang. Itu mereka pergi atas kapasiti individu bukan mewakili Pas. Kalau hendak pergi, pergilah. Tiada masalah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun katanya, PAS Pusat dan Selangor menentang sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memurtadkan umat Islam.

“Isu murtad ini memang perlu kita tangani tetapi bukan dengan cara pergi dengar orang seperti ini bercakap, dia pun tiada kuasa.

“Kalau Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) atau Majlis Agama Islam Selangor (Mais) buat, kita akan pergi. Masa dia jadi Exco, apa dia buat? Adakah murtad turun atau berkurangan,” katanya. - AntaraPos

10 comments:

  1. inilah bukti bahawa PAS itu cuma sekadar parti politik yg ditubuhkan atas dasar ketidakpuas hati yg x ada bezanya dgn parti chauvinist DAP dan PKR yang syok sendiri.

    ReplyDelete
  2. PAS JELUTONG, BALIK PULAU DAN BAYAN BARU TIADA SEBARANG HALANGAN TERHADAP ISU INI. PAS DAN PKR MENYOKONG SEPENUHNYA KENYATAAN DR RANI. PAS PULAU PINANG SENTIASA BERSAMA PAKATAN RAKYAT.

    ReplyDelete
  3. kata PAS parti Islam?? Tang mana Islam kalau isu sebegini tidak diambil kira? Kelentong banyak punya PAS

    ReplyDelete
  4. Sekurang2 PAS lagi bagus le dr UMNO. UMNO ada kisah ke hal murtad? Dulu masa kes Aishah Bukhari, ada UMNO cakap apa2? Masa tu PAS la yg banyak demo, sbb tu Zulkifli Nordin pn belasah UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu dulu bang sblm parasit ada, kita tgk skang zmn parasit maharajalela dlm PAS, PAS mcm da kene cucuk idung bang..xde halatuju mcm zmn pimpinan ulama

      Delete
    2. Dulu mmg org2 Islam KONOnya boleh bergantung hrp pd PAS utk membela agama Islam, tp skrg tak lagi.
      Hari ni, PAS bukan je takde bersuara pd isu DUMC sebaliknya org yg mempertahankan akidah tu pulak yg dihina dan dimaki. Mcm tu bagus dari UMNO?

      Delete
  5. hurmm... komen aku pasal nih...
    kalau hal akidah boleh di anggap remeh....
    kita dah nampak camana sifatnye.. perjuangan pas dulu penting kan agama...sehingga bnyak yang segan dan malu..
    dan sangat menghormati pas kerana agama...
    sekarang aku sedih kerana ramai yang mengutuk pas..bagi aku.. tuan guru harus lebih perihatin dan selalu memantau setiap apa kenyataan yang dikluarkan oleh ahli pas.

    ReplyDelete
  6. Salam 1 Malaysia..
    Saya sudah linkkan blog anda ke blog saya..
    saya harap anda pun dapat linkkan blog saya ke blog anda...
    terima kasih

    ReplyDelete
  7. PAS ni pasti munafik.

    ReplyDelete
  8. Menurutnya, banyak lagi isu yang lebih besar perlu diberi tumpuan seperti dakwaan wujudnya pengundi hantu dan rasuah... dengan kate-kate ini sahlah bahawe PAS hanya parti politik yang mementingkan politik dan duniawi bukan agama. agama cume alat untuk PAS meraih undi umat islam. Subhanallah..

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...