Konco-konco ku

Saturday, April 28, 2012

BERSIH SUDAH TIADA DI HATI RAKYAT!! KORANG NILAILAH SENDIRI!!


BERSIH mensasarkan jumlah 500,000 peserta - sekurang-kurangnya.  Tetapi nampaknya, sehingga artikel ini ditulis, kita hanya melihat dalam 15,000 sahaja yang terlari-lari terkinja-kinja dan terpekik terlolong cuba menaikkan darah pihak berkuasa di sekitar Kuala Lumpur sekarang.  Sedangkan jumlah pengundi berdaftar di Malaysia ialah 12.5 juta.  

Justeru, apakah ertinya angka-angka ini?  

·         Ertinya BERSIH telah gagal sekali lagi.  

·         Ertinya BERSIH tidak mendapat sokongan majoriti rakyat.   

·         Oleh kerana BERSIH didalangi Pakatan Rakyat, maka ertinya juga, majoriti rakyat tidak menyokong Pakatan Rakyat.   

·         Dan ertinya lagi, jika PRU diadakan dalam masa terdekat, sekitar nisbah angka itulah sahaja undi yang bakal diperolehi oleh PR berbanding BN.   

Kerana menyedari hakikat inilah maka demonstrasi jalanan, huru-hara dan keganasan amat penting bagi BERSIH atau lebih tepat Pakatan Rakyat kerana mereka tahu mereka tidak mungkin boleh memenangi pilihanraya.  Untuk berkuasa, mereka perlu melakukan rampasan kuasa melalui jalanraya dan tidak ada cara lain melainkan itu sahajalah caranya.   

Tidak usahlah Ambiga berbohong atau menafikan hakikat ini, kerana sekali angin tiup bau janggut Pak Samad Said yang hapak itu, kita sudah tahu tujuan sebenar mereka.  

Tujuan Pak Samad ‘menceburi’ BERSIH ialah membalas dendamnya terhadap kerajaan Melaka kerana enggan memberikan sejumlah wang tambahan daripada RM3 juta yang telah diberikan kepadanya sebelum itu, untuk tujuan menerbitkan semula karya beliau.  Kerajaan Melaka telah mengambil keputusan sedemikian kerana Pak Samad telah gagal mencapai matlamat yang dijanjikan melalui syarikat Wira Bukit Sdn Bhd yang diuruskan anaknya, Helmy Samad sedangkan wang RM3 juta yang diberikan telah habis dibelanjakan.  

Lanjutan dari itu, Pak Samad juga ingin membalas budi PTS Sdn. Bhd milik Ainon Mohd, - sekutu pembangkang dan Anwar Ibrahim yang telah ‘menyelamatkan’ beliau dengan mengambil alih projek berkenaan dan mendapat hak milik semua karya Pak Samad dan buku-buku beliau untuk diterbitkan semula untuk jualan. 

Tujuan Ambiga pula sudah diketahui umum iaitu untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk digantikan dengan kerajaan yang liberal yang menerima murtad, mengiktiraf hak LGBT dan meletakkan hak asasi melebihi agama dan adat resam.  Memandangkan satu-satunya parti yang berpegang kepada prinsip yang sama dengan beliau ialah PKR maka tidak hairanlah Ambiga dan Anwar memilih untuk bersatu melalui BERSIH.  DAP pula tidak punya masalah dengan pendirian Ambiga atau Anwar apatah lagi jika ianya bertentangan dengan Islam.  

Dalam hal ini, PKR, DAP, Ambiga dan juga Pak Samad amat jelas akan prinsip dan tujuan masing-masing dan lebih daripada teruja untuk menentang musuh yang sama iaitu Barisan Nasional.  

Hanya PAS sahaja yang masih dalam keadaan keliru.  Di dalam hati nurani ahli-ahli PAS, mereka masih tertanya-tanya, berdosakah jika mereka tidak ikut berdemo BERSIH yang hukumnya WAJIB mengikut fatwa Nik Aziz?   

Tetapi, berdosakah jika mereka turut berdemo BERSIH yang hukumnya HARAM jika dipimpin oleh Ambiga iaitu juara LGBT dan murtad mengikut fatwa Nasharudin Mat Isa?

Maka terbahagi dualah mereka, ada yang berpegang kepada fatwa Nik Aziz dan ada yang berpegang kepada fatwa Nasharudin.  

Kekeliruan ini sedikit sebanyak menjadi penyumbang kepada kegagalan BERSIH mencapai jumlah sasaran hari ini.  

Apa yang pasti, majoriti rakyat Malaysia tidak keliru.  Kita semua tahu bahawa adalah HARAM membiarkan diri dipimpin kafir harbi yang menerima dana dari Zionis yang tujuannya adalah untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang sah di sebuah negara yang aman damai.  

5 comments:

  1. Aku tidak berkuasa untuk mengubah apa yang ditentukan Illahi tetapi aku tetap berdoa kepada ALLAH Maha Esa supaya kesemua mereka pengkhianat Agama, Bangsa dan Negara diberi balasan setimpal kerana hakikatnya mereka adalah pemusnah Agama....Allah, selamatkan kami daripada mereka yang berniat jahat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokong 100%. Mereka ingin pilihan raya yang adil dan telus... Alasan puak merekalah.. Kita ajar mereka melalui peti undi, dgn menidakkan mereka menjadi wakil kita. Insya Allah.

      Delete
  2. penganut agama pas itu tidak keliru sebenarnya tetapi mereka amat yakin bahawa jika mereka yang mengikut fatwa father nicky dosa mereka sebagaimana fatwa ustaz nasha yang ikhlas itu dan dosa2 lain akan diampunkan olih father nicky dan pintu surga terbuka luas buat mereka sebaik saja mereka undi dap, pkr atau pas ...

    ReplyDelete
  3. orang yang jauh dari rahmat Allah s.w.t akan mengunakan akal untuk menghalalkan hukum yang dah terang dan jelas haram...kesian depa dah jual akhirat untuk ambiga laknatullah yang terang-terang berniat untuk menghina agama islam....Ya Allah, selamatkan diri dan keluarga ku dari azab kubur dan api neraka Ya Allah..

    ReplyDelete
  4. 请远离马华党员 叶金福!


    敬爱的马华公会中央领导層,

    现在世界各先进国都盡力保存佛教的文化和保护佛教的僧侶,但马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman) 却反其道而行, 帶一般流垊到佛教埾地(SAMNAK SAMBODHI THAI BUDDHIST TEMPLE, NO: 19 JALAN 38 TAMAN DESA JAYA KEPONG 52100 KUALA LUMPUR, MALAYSIA)試圄摧毁佛教文化, 挑衅和打架, 并电招警方人員要扣留佛寺沙彌, 这种不按佛教條规, 軽视佛教精神的行动, 对世界佛教信徒实有侮辱之举, 的确令人不敢恭维.


    除此之马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak)也利用杖势, 連众人朝拜的印度廟TAMAN DAYA, KEPONG, KUALA LUMPUR 放火燒毁把土地佔为已有, 马华公会鹅唛區会主席叶金福律师 (Yip Kum Fook, MCA Gombak Chairman)这种冒犯宗教的不良行为, 已引起廣大的大马人民愤怒而不满, 所以, 在耒屇的大选, 希望马华公会的中央领神, 能深明大義, 对此娄党员, 最好疏薳距离, 以免影响选票, 造成马华公会大大的败北, 遗恨江山此致, 并祝安康, 工作快乐.

    sharing by chong taman ehsan, kepong

    ReplyDelete

comment please.....