Konco-konco ku

Monday, October 8, 2012

63 LAGI AHLI PKR KELUAR MENINGGALKAN PARTI DAN KEMBALI KEPADA UMNO


Petang semalam, seramai 63 ahli PKR dari Kampung Pasir, Kampung Sungai Muda dan Kampung Ulu Slim dalam Bahagian Tanjong Malim menyerahkan borang untuk menyertai UMNO. Mereka di ketuai  Puan Jamilah Hayat, 40.

Dikhabarkan lebih ramai akan mengikut jejak langkah rakan-rakan mereka itu.  Malahan ketika majlis berjalan, seramai 5 orang lagi bekas ahli PKR menyerahkan salinan kad pengenalan mereka untuk menganggotai UMNO, menjadikan jumlahnya kepada 68 orang.

Ketiga-tiga kampung itu terletak dalam DUN Behrang yang dimenangi PKR dalam PRU12 lalu. BN tewas 40 undi di Peti Undi Ulu Slim kesan daripada peralihan sokongan pengundi dari kampung-kampung berkenaan.

Dalam PRU11 2004, BN menang di peti undi berkenaan dengan memperolehi 457 undi berbanding 150 undi yang diterima PKR. Namun dalam PRU12 2008, keputusannya terbalik di mana BN hanya memperolehi 294 undi, berbanding PKR 334 undi.

Penyertaan mereka ke dalam UMNO meningkatkan lagi keyakinan BN untuk memenangi kerusi DUN Behrang dalam PRU13 nanti.

1 comment:

  1. tak syok la mcm ni. nanti umno nk lawan sapa. takkan umno nk lawan umno? boleh ke satu parti letak 2-3 calon bertanding satu kerusi? maaf...saja2 buat lawak bodoh.
    p/s: entah2 itu psiwar pakatan nk lemahkan kerja2 parti umno. jgn percaya sgt!!!!

    ReplyDelete

comment please.....