Konco-konco ku

Tuesday, June 5, 2012

PANAS!! ADA PIHAK TAJA #HBN2012 UNTUK PENGHARGAAN KEPADA BELIA!!!


PUTRAJAYA - Kementerian Belia dan Sukan menerima tajaan lebih RM20 juta daripada pihak swasta bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 yang akan berlangsung selama lima hari bermula esok hingga 27 Mei depan.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, berdasarkan jumlah itu, sumbangan­ syarikat swasta pada sambutan Hari Belia Negara 2012 kali ini lebih besar berbanding yang dibelanjakan kerajaan.

“Perbelanjaan kerajaan untuk sambutan Hari Belia Negara kali ini lebih kecil berbanding apa yang dibelanjakan oleh syarikat swasta. Ini adalah reaksi positif yang menunjukkan usaha-usaha kerajaan untuk memartabatkan belia negara mendapat sambutan dan sokongan ramai.

“Tahun lalu kita terima tajaan daripada pihak swasta sebanyak RM15 juta manakala tahun ini jumlah itu bertambah RM5 juta dan saya yakin, ia akan semakin meningkat,” katanya pada Majlis Penyerahan Penajaan daripada Penaja-Penaja Sambutan Hari Belia Negara 2012-Himpunan Jutaan Belia kepada KBS, semalam.

Pada majlis itu, sejumlah RM5 juta telah diberikan oleh syarikat-syarikat swasta bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 yang akan berlangsung pada 23 hingga 27 Mei depan.

“Kita mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi memberikan sumbangan bagi menjayakan Hari Belia Negara 2012 itu. Kita tidak akan melupakan setiap penaja pada setiap karnival yang diadakan setiap tahun dan akan meraikan mereka pada sebagai tanda menghormati serta menghargai sumbangan mereka,” katanya.

Ahmad Shabery berkata, persiapan Hari Belia Negara 2012 kini telah berapa pada tahap 80 peratus dan dijangka akan siap sepenuhnya hari ini.

“Alhamdulillah, kalau kita lihat, khemah-khemah dan kanopi telah siap dipasang. Kita juga akan pastikan pengunjung dapat berkunjung ke sini dalam keadaan selesa,” katanya.

Selain menerima penyerahan tajaan, Shabery turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Stadium First Sdn Bhd dan Majlis Belia Malaysia sempena penyertaan penganjur pada sambutan tersebut. -SinarHairan

No comments:

Post a Comment

comment please.....