"Pagi tadi menghadiri perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam berkenaan isu saman fitnah oleh UMNO Selangor terhadap 6 defendan termasuk Setiausaha Agung PAS, Harakah dan wartawannya mengenai tuduhan Setiausaha Agung PAS bahawa ada elemen campurtangan UMNO dalam kes siasatan JAIS terhadap gereja DUMC tahun lepas. Saya telah dipanggil untuk memberi keterangan sebagai salah seorang saksi memandangkan pada ketika itu saya adalah EXCO yang bertanggungjawab terhadap Hal Ehwal Agama Islam dan JAIS.
Saya mengesahkan bahawa JAIS yang berada di bawah tanggungjawab saya pada masa itu adalah bebas daripada sebarang bentuk campurtangan daripada mana-mana pihak termasuk UMNO dalam menjalankan siasatan dan pemeriksaan ke atas gereja DUMC yang mempunyai acara percubaan memurtadkan beberapa orang Islam pada bulan Ramadhan tahun lepas.
Tuduhan yang dikemukakan oleh Dato Musatafa Ali itu adalah tidak berasas. Mana mungkin saya sebagai EXCO yang bertanggungjawab pada waktu itu boleh membiarkan JAIS diperalatkan oleh pihak luar seperti UMNO. Bagi saya JAIS sentiasa melakukan kerja2 mereka dengan professional, mengikut piawaian yang ditetapkan dan bebas daripada sebarang bentuk campurtangan luar yang boleh menjejaskan kredibiliti mereka.
Janganlah hanya dengan satu panggilan telefon drp orang yg anda tidak kenali yang mendakwa mempunyai bukti, anda terus melompat untuk mengadakan satu sidang akhbar untuk menuduh itu dan ini tanpa terlebih dahulu melihat apa jenis bukti yang beliau ada. Akhirnya yang menjadi mangsa bukan hanya anda seorang, tetapi maruah sebuah parti Islam." - Hasan Ali
*****************************
p/s: Nampaknya makin kepanasanlah puak pakatan dalam mempertahankan bontot masing-masing. Hasan Ali telah memperakui di mahkamah yang UMNO tidak terlibat dalam isu serbuan gereja DUMC di Damansara yang dilakukan oleh JAIS tahun lalu. Bekas Exco Agama Negeri Selangor itu juga memberi keterangan berkenaan Melayu yang dimurtadkan di dalam gereja terbabit. Membidas tuduhan liar dari Mustafa Ali yang begitu taksub dengan rakan sebontotnya DAP.
Mungkinkah para Ulama di Malaysia ni takut nak tegakkan islam secara bermaruah ????... Mungkinkah para Ulama-Ulama ini masing-masing takut kehilangan pekerjaan, kehilangan mata pencaharian ????.... tetapi nak tegakkan Islam yang betul-betul... tidak ada yang berani tampil secara frontal demi kesucian agama Islam itu sendiri... sesama sendiri cakap berlapik-lapik... hmmmm sampai bila lah keadaan ini akan berlaku..... bilalah ada Ulama-Ulama pilihan yang berani menentang kemungkaran dan kemurtadan secara terang-terangan... sayang seribu kali sayang... Islam jadi agama rasmi negara, tetapi para Ulama-Ulama diam seribu bahasa.....
ReplyDelete