Konco-konco ku

Monday, October 15, 2012

DAP KEDAH BANTAH IKLAN BERTUDUNG DAN UNDANG-UNDANG ISLAM


DAP Kedah sekali lagi menegaskan mereka akan menentang undang-undang yang berunsurkan Islam jika ia mahu dilaksanakan di negeri itu.

Pengerusinya, Lee Guan Aik berkata, tindakan itu termasuk dalam soal pelaksanaan garis panduan papan iklan antaranya menggunakan model berpakaian sopan dan perlu bertudung jika beragama Islam.

Katanya, sebarang perkara berkaitan undang-undang Islam perlu dipersetujui oleh semua parti dalam pakatan pembangkang di peringkat Pusat dan negeri.

“DAP negeri sekali lagi ingin menegaskan dan menjelaskan bahawa kami tidak akan memberi sokongan terhadap undang-undang hudud atau apa sahaja berkaitan isu negara Islam,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Guan Aik mengulas kenyataan Datuk Bandar Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Datuk Mat Noh Ahmad berhubung garis panduan pemasangan papan iklan di kawasannya yang meliputi penggunaan bahasa, landskap dan pakaian model iklan.

Antara perkara yang ditekankan dalam garis panduan itu ialah model dalam gambar perlu sopan dan berpakaian tidak menjolok mata dan jika model itu beragama Islam, dia perlu menutup aurat.

Guan Aik berkata, kenyataan Datuk Bandar tersebut cuma merupakan pendirian peribadinya kerana garis panduan yang dicadangkan itu selari dengan peraturan dalam Undang-undang Kecil Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS) 1992.

Jelasnya, pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu tidak mempunyai kuasa untuk menggubal atau mewartakan sesuatu peraturan tanpa dipersetujui oleh majlisnya yang yang diwakili oleh wakil daripada parti pakatan rakyat.

“Perkara ini serius dan masing-masing ada prinsip. Tidak kira apa undang-undang pun. “Setiap ahli majlis mewakili parti dan bertanggung jawab kepada parti. Parti tidak teragak-agak mengambil tindakan terhadap mereka jika mendapat tahu kepentingan parti diketepikan. Oleh itu mereka perlu tahu apa yang patut atau tidak patut disokong,” katanya – Utusan Malaysia

2 comments:

  1. begitulah kuatnya pengaruh DAP keatas kerajaan negeri.apa boleh buat demi kuasa angguk aja lah

    ReplyDelete
  2. DAP dah terbiasa memberi arahan kepada PAS, cuma PAS shj yg perasan DAP dah terbiasa dgn ISLAM konon.Padahal apalah yg DAP takut sgt dgn gambar wanita bertudung tu kpd "akidah" bukan Islam?

    ReplyDelete

comment please.....