Konco-konco ku

Wednesday, August 21, 2013

TERKINI!! PEMINJAM PTPTN TIDAK AKAN DISENARAIKAN DI BAWAH CCRISS!!

FUH! Akhirnya berita gembira muncul hari ini setelah seharian semalam berperang dengan serangan dari pihak pembangkang yang boleh membuatkan sedikit goyah ke atas sokongan kerajaan. Bukan goyah sebab apa, sebab aku juga salah seorang peminjam PTPTN. Al-maklumlah keluarga bukan orang senang.

Ok lah. Berita yang baru disampaikan sebentar tadi oleh Menteri Belia & Sukan, YB Khairi Jamaluddin: 

Ini bermakna semua peminjam boleh menarik nafas lega buat setakat ini. Walau macam mana pun hutang WAJIB dibayar. Tak dapat bayar banyak, bayar sikit pun jadi la. Kalau nak senang ikut style aku, bayar je sebulan RM200, tak pun RM150 ok kot sebab kalau bayar kurang dari nilai yang aku sebutkan tu, hutang PTPTN korang tak akan berkurang pun sebab ada nak bayar kos pengurusan.

Harap pihak kerajaan fikirkan satu method baru dalam pengurusan hutang PTPTN ni. Yang banyak meminjam pun orang Melayu sendiri. Beri mereka 'financial education' supaya hidup mereka tidak dihantui dengan hutang yang menyesakkan.

Lepas ni jangan ada Menteri yang cakap pulak. "Kalau tak nak bayar PTPTN, jangan belajar tinggi-tinggi."

4 comments:

  1. So what....logik la kalau x bayar...graduan muda gaji x cukup makan... simple. Kalau ada gaji lebih , bayar la.. Bulan ni x da gaji lebih x payah bayar... xkan nak cabut bulu ketiak nak bayar!

    ReplyDelete
  2. Alo bro anon2.05..cube kome pinjam kat along cina...mau tk cam muka kalau tk bayaq...ckp.mcm.budak tadika aje...chaikkkk

    ReplyDelete
  3. pinjam 10,000. bayar balik 13 ribu lebih, coz lama sangat tangguh tak dapat bayar sebab gaji ciput, maklum jer ler kerja ngan kedai. 3 ribu caj pentadbiran aje. dah buat keluar duit kwsp akaun 2 sebanyak rm6000.00 bayar ptptn, ada ler lagi 7 ribu lebih, guane yer, kalu ikutkan balance ada 4 ribu jer, tapi ada caj pentadbiran kenalah bayar jugak. boleh tak kalau tak bayar caj pentadbiran tu.

    ReplyDelete
  4. Hutang mesti mau bayar la.Mana ada undang undang di dunia ini yang hutang tak. Perlu bayar.Lain kali jangan Tubuh PTPTN.Biar mereka hutang Along baru ada akal.

    ReplyDelete

comment please.....