Konco-konco ku

Monday, August 26, 2013

#BANTAH TPPA : PENJAJAHAN EKONOMI MALAYSIA YANG BARU!! KENAPA MALAYSIA BERSUNGGUH SANGAT??

Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) memang ramai yang tidak tahu tentangnya dan tidak kurang juga ramai yang diantara kita tidak ambil tahu dan menganggapnya adalah perkara biasa dalam rundingan antara kerajaan dalam perdagangan antarabangsa.

Namun jika anda tahu apakah yang TPPA mampu buat pada anda dan keluarga anda sudah pastinya agenda menentang perlaksanaan TPPA oleh kerajaan ini akan menjadi perjuangan utama anda untuk memastikan masa depan anda dan keluaraga terjamin.

Jadi untuk pusingan pertama penjelasan yang ringkas dan mudah anda fahami, penulis mahu menjelaskan bahawa TPPA dibimbangi akan menjejaskan nasib para usahawan Melayu dan rakyat dalam negara ini atau dalam bahasa kasarnya akan membawa bencana kepada ekonomi negara.

Antaranya TPPA dipercayai akan menyekat peluang syarikat tempatan dan memberi kelebihan kepada syarikat asing untuk menyertai pasaran tempatan. 

Perkara itu dibimbangi akan berlaku memandangkan data berhubung perjanjian TPPA masih belum didedahkan dan ia terus menjadi rahsia kepada mereka yang terlibat dalam rundingan perjanjian ini termasuklah kerajaan.

Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) dan beberapa NGO lain antara yang lantang menyuarakan kerisauan tentang perkara ini percaya jika TPPA dilaksanakan ia akan menutup terus pintu rezeki syarikat tempatan, dan akan membuka seluas-luasnya akses perniagaan kepada entiti asing yang mempunyai keupayaan modal dan sokongan lebih baik. Baca lagi di SINI.

3 comments:

  1. Saya percaya sebab itulah si KAPIAQ ganas Barat-Zionis Hagel, Menteri Pertahanan US, dan kemudian si Dalang Dua Muka Obama (menyamaq sbg. Islam dgn. nama tengah 'hussein'nya tapi asyik nak bunuh dan jajah Dunia Islam7umatnya dan sembahyang kat gereja) pula, ke M'sia ini - nak beri tekanan lagi utk. K'jaan sertai TPPA SAMPAH dan PENYAMUN itu! Dahlah hampir semua anggota TPPA ini pro-US/Israel, termasuk S'pura (di mana CIA-Mossad berpusat di S'pura, lihat di http://rainbowoftruth.blogspot.com/2009/09/singapore-israel-love-affair.html, THE SINGAPORE ISRAEL LOVE AFFAIR, September 2, 2009 - jadi mereka nak memperbodohkan NEGARA ISLAM spt. Malaysia dan Brunei, dan seterusnya menjajah kita melalui ekonomi (bayangkanlah Israel juga terlibat sebnearnya)! Lepas itu, esok bakal melalui ketenteraan kalau kita langgar perjanjian ekonomi ini - tengok juga sewa air murah pd. S'pura, bukan main susah nak tukar kontrak.

    Patutnya NGO-NGO Islam/Melayu buat bantahan depan Kedutaan US diatas kedua lawatan ini, apalagi rejim-rejim Barat-Israel yg. diketuai CIA-MI6-Mossad-NATO, asyik membunuh umat Islam sesuka hati spt di Palestin, Iraq, Libya, Syria, Somalia, Afghanistan, Mali, Yemen, Sudan, Nigeria, Lebanon dan selatan Thailand/Filipina, dan kemudian akan ke Iran dll, termasuk Malaysia ini contohnya bermula dengan Sabah baru-baru ini. Bahkan pengganas TALEBAN dan AL-QAEDA adalah diCIPTA oleh Barat-Israel sendiri, untuk tujuan MENJATUHKAN Islam dan untuk melaksanakan PENJAJAHAN mereka, ke atas negara-negara Islam yg. kaya minyak gas; lihat di http://www.globalresearch.ca/fighting-al-qaeda-by-supporting-al-qaeda-in-syria-the-obama-administration-is-a state-sponsor-of-terrorism/5339728, Fighting Al Qaeda by Supporting Al Qaeda in Syria: The Obama Administration is a “State Sponsor of Terrorism”, By Prof Michel Chossudovsky, Global Research, June 19, 2013 (lepas itu si Barat-Israel BERPURA kononnya asyik diserang al-Qaeda/Taleban)!

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    ReplyDelete
  2. Saya sungguh tidak setuju dengan pandangan saudara bahawa TPPA dalah satu bentuk penjajahan ekonomi oleh imperialis barat terutamanya Amerika Syarikat. Kita seharusnya menyatakan dengan fakta-fakta yang konkrit samada ianya betul atau salah pada pertimbangan kita.

    Kita tidak boleh hanya mengikut trend yang diperkatakan oleh umum tanpa membuat penyelidikan ilmiah ke arah isu tersebut dari sudut ekonomi, perdagangan serantau dan antarabangsa. Ia juga meliputi strategi keselamatan negara dan rantau ini.

    Kita juga harus memberikan apakah impak positif jika kita menandatangani perjanjian tersebut terutamanya dari skop perluasan pasaran bagi produk-produk Bumiputra dan intelektual Bumiputra untuk dipasarkan ke peringkat yg lebih luas di mana terdapat 11 buah negara lain lagi boleh kita ekploitasikan.

    Kita jangan harus memikirkan bagaimana untuk membuat perlindungan sahaja daripada serangan orang lain, dan takut untuk lebih global dalam pemikiran dan tindakan pemasaran produk.

    Perlu diingat yang memulakan inisiatif ke arah liberalisasi perkongsian bagi Asia Pasifik ini bukanlah dari Amerika Syarikat, ianya dilahirkan oleh idea dari negara-negara kerdil yang kecil jumlah kependudukan mereka tetapi punyai jiwa besar. Negara-negara itu ialah Singapura, Brunei, New Zealand dan Chile. Apakah kita pernah terfikir bahawa mereka adalah pencetus idea ini, yang mana mereka ingin mengeksport kepakaran, kekayaaan dan idea rakyat mereka untuk rantau ini. Apakah kita masih lagi berfikiran kuno dan tidak mahu menerima hakikat ini, hatta untuk mencari bahan-bahan ilmiah dan membuat kajian ke arah tersebut.

    Bacalah kupasan saya tentang isu ini dalam,"Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) : Pengertian dan implikasi perdagangan Malaysia"

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/08/isuperjanjian-perkongsian-trans-pasifik.html

    ReplyDelete
  3. Apa yang banyak di kalangan kita tak nampak ialah siapa sekarang yang menguasai ekonomi negara. Kalau nak lingkup, siapa yang lingkup. TPPA dilihat dapat memberi peluang kepada golongan bumiputra untuk memasarkan produk lebih luas d peringkat global. Kita kena ingat kebangkitan dan penguasaan negara China menyebabkan negara kita kerugian berbillion kerana semua pelabur dah lari ke sana. Dengan adanyana TPPA sekurang kurangnya dapat memecahkan penguasaan tersebut. Janganlah kamu wahai orang orang yang menyarung keris mengadakan demonstrasi membantah TPPA kerana kalau tak jadi TPPA yang untung bukan kamu.. ehm...ehm...kamu faham maksud saya. Siapa yang risau sebenarnya kalau TPPA dilaksanakan?.. syarikat d malaysia ni kebanyakan milik siapa?..

    ReplyDelete

comment please.....