Konco-konco ku

Tuesday, August 20, 2013

#IM56 : NYANYIAN LAGU NEGARAKU DI PAWAGAM!! CUKUP MERDEKAKAH RAKYAT MALAYSIA??

CADANGAN Menteri Komunikasi & Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya lagu Negaraku dimainkan terlebih dahulu di setiap pawagam di seluruh Malaysia amatlah di alu-alukan. Bukan sahaja dari para menteri, malah dari rakyat seperti kami yang cintakan Malaysia juga menyokong penuh cadangan tersebut.

Benarlah seperti yang dikatakan oleh Ahli Parlimen Kemaman ini, sedangkan orang yang hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan bola sepak boleh berdiri dan menyanyikan lagu kebangsaan inikan pula apabila di mainkan di pawagam seluruh negara. Walaubagaimanpun aku masih menyokong usaha murni seperti cadangan ini.

Kajian harus diperhalusi lagi. Agak-agak berapa orang rakyat Malaysia yang akan menghormati dengan berdiri sambil menyanyikan lagu Negaraku di pawagam? Agak-agak Cinabeng yang beli tiket nak tengok wayang mahu ke berdiri sambil menyanyi? Jawapannya masih lagi samar jika belum di laksanakan. Apa-apa pun pihak kementerian boleh melaksanakan cadangan itu namun selepas itu perlu dikaji semula impaknya terhadap rakyat Malaysia.

Terima kasih juga kepada pihak TGV Cinema yang telah menyatakan persetujuan untuk memainkan lagu Negaraku di dalam pawagam milik mereka. Ini satu usaha yang baik demi mengembalikan jiwa merdeka dan patriot di kalangan rakyat Malaysia.

Menjelang 31 Ogos 2013, negara bakal menyambut Hari Merdeka yang ke-56 tahun. Dengan slogan ' Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku ', diharapkan seluruh rakyat Malaysia tidak mengira agama dan juga bangsa kembali bersatu dan menerima takdir yang telah ditetapkan yang mereka masih bebas hidup dan bernafas di atas bumi Malaysia. Masih hidup aman damai atas usaha parti yang mereka muak. Alhamdulillah, UMNO masih lagi menerajui Malaysia dengan harapan supaya rakyat Malaysia hidup dalam rukun dan damai.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!

p/s: Jangan lupa juga temujanji kita sebagai bangsa Melayu yang sayangkan sejarah tanah air agar bersama-sama turun ke pawagam yang berhampiran untuk menyaksikan tayangan filem kontroversi Tanda Putera pada 31 Ogos 2013 dengan kempen memakai songkok bagi mengembalikan martabat Melayu di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

comment please.....