Konco-konco ku

Monday, August 12, 2013

AGAMA ISLAM UMPAMA BARANG PERMAINAN BAGI BANGSA PENUMPANG DI MALAYSIA!!

SEMAKIN hari semakin teruk aku tengok keadaan negara kita Malaysia ini yang mana agama rasminya Islam, majoriti bangsanya adalah Melayu yang sudah pasti beragama Islam. Malah bangsa lain yang berasimilasi dengan Melayu juga telah ada yang memeluk agama Islam.

Orang nak kata aku menghasut ke apa ke peduli apa aku. Akta Hasutan bukan ada lagi. Kalau dulu ada Akta Hasutan pun tak ditangkap orang-orang yang terang-terang menghasut, inikan pula bila akta rasmi keselamatan negara itu telah dilucutkan dari perundangan.

Isu surau tempat ibadat umat Islam di Kota Tinggi, Johor dikecohkan dengan upacara ibadat bagi agama Buddha. Bukan nak pertikaikan kebebasan beragama di Malaysia tetapi sepatutnya perkara sebegini tak akan berlaku jika masing-masing tahu menghormati agama setiap masyarakat di Malaysia.

Ya! Aku tau Jabatan Agama Islam Johor telah mengambil tindakan pantas. Aku juga sudah dimaklumkan tentang usaha untuk mencari dan mendakwa pemilik tanah surau tersebut yang bernama Syed, rakyat Singapura malah turut cuba mengesan sami Buddha yang melakukan upacara keagamaan di surau tersebut. Cuma aku rasa pelik dengan perangai Cina Malaysia sekarang ini. Umpamanya segala harta waima surau tempat ibadat umat Islam juga dikatakan milik mereka atas dasar 1 Malaysia, sama rata sama rasa.

Biarkan JAIJ melakukan kerjanya. Biarkan kerajaan negeri Johor lakukan kerjanya. Biarkan pencemar agama Islam menerima akibatnya. Tetapi, apa yang bangsa Melayu yang juga beragama Islam patut lakukan? Adakah sudah cukup untuk berpeluk tubuh berdiam diri?

Kenapa sehingga begini agama Islam dipermainkan? Kenapa sejak setahun dua ini negara ini bagaikan tidak selamat lagi untuk bangsa Melayu dan agama Islam? Adakah Malaysia ini masih negara Islam?

Pelik. Teramatlah pelik apabila beberapa akta yang lama yang menjaga kepentingan rakyat Malaysia, yang menjaga keharmonian sesama kaum dibakulsampahkan. Atas desakan pembangang, maka akta tersebut dikatakan sudah tidak relevan lagi buat masa sekarang. Maka, terkocoh-kocohlah para menteri kabinet menggubal semula akta sedia ada dengan akta yang kononnya lebih bersifat RAKYAT. Lebih bersifat terbuka. Lebih bersifat harmoni.

Namun sampai bila sebenarnya isu ini akan selesai? Sampai bilakah Melayu dan Islam akan terus dihina di bumi sendiri. Harap ada penjelasan untuk segala isu yang timbul. Harap ada pengakhiran dalam cerita penindasan agama ini. Harap juga ada cahaya di hujung terowong.

3 comments:

  1. KENYATAAN MEDIA
    4 Julai 2013


    Kami NGO Islam ingin menarik perhatin kerajaan dan juga masyarakat umum mengenai perlantikan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai Pengerusi baru Lembaga Tabung Haji oleh kerajaan. Kami berpendapat bahawa perlantikan beliau sebagai pengerusi Lembaga Tabung Haji, tidak menepati kriteria transformasi dan tidak bersifat transformatif seperti yang diwar-warkan oleh kerajaan selama ini.

    Sebuah organisasi perniagaan yang mempunyai wawasan dan tujuan yang besar lagi murni serta mempunyai kaitan rapat dengan aspirasi kerajaan, Islam serta kaum Muslimin, ia sepatutnya dipengerusikan oleh seseorang yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang berkaitan serta memiliki latar belakang pentadbiran perniagaan serta kelulusan akademik yang tinggi. Selain dari memiliki kriteria tersebut, untuk mengurus suatu entiti perniagaan besar seperti Lembaga Tabung Haji dengan imej Islam pula, pengerusinya memerlukan reputasi yang tinggi dengan integriti dan sahsiyah yang tinggi juga.

    Maka, kami berpendapat Datuk Abdul Azeez tidak mampu membawa imej tersebut dan tidak sesuai menjadi pengerusi kerana Lembaga Tabung Haji terlalu besar baginya serta mempunyai kaitan dengan imej dan identiti Islam pula. Oleh yang demikian kami meminta kerajaan menilai semula keputusan perlantikan Datuk Azeez tersebut dan segera mencari calon baru yang lebih kompeten dengan memiliki integriti dan sahsiyah yang tinggi yang justeru dapat memelihara imej kerajaan yang bersih lagi Islamik serta dapat membawa Lembaga Tabung Haji kepada tujuan asal penubuhannya dan dalam masa yang sama dapat menyelesaikan pelbagai masalah kronik yang sedang dihadapi oleh Lembaga Tabung Haji ini.
    Ismail Mina b. Haji Ahmad
    Presiden
    Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)

    ReplyDelete
  2. Saya syaki perbuatan MENGHINA Islam/umatnya di Surau ini, bertujuan menghasut seluruh umat Buddha pula membenci Islam/umatnya (terutama yg Melayu) spt di Myanmar (ke atas puak Rohingya), Thailand dan Sri Lanka, selepas puak Kristian dah dihasut oleh puak Kristain Zionis DAPBIAWAK/PKR dgn MENGHINA kalimah suci ALLAH SWT kita, utk diguna dlm Injil! Tetapi, CINA TAMAK/RASIS DAPBIAWAK/PKR, saya syaki bukan hanya SAMSENG GANAS politik dan PELAHAP-GELOJOH-makan-babi. Malangnya saya syaki mereka juga DALANG belakang NGO-NGO SAMPAH, yg kononnya lawan jenayah atau nak pantau polis!

    Lihat berita JENAYAH terbaru yg amat MENGGERUNKAN psl GENG KONGSI GELAP CINA/INDIA! Yg gerunnya, ada Cina kongsi Gelap kerja dlm hartanah (real estate), maka ini amatlah MEMBIMBANGkan bila makin banyak rumah/kedai/kpg Islam/Melayu, TERBAKAR - Hari Raya ini bukan main banyak lagi kebakaran, termasuk kebasaran besar di kpg air di Sandakan, kpg-kpg di Bayan baru, Datuk Keramat, Kucing, Sentul dsbnya! Saya syaki mungkin kebakaran-kebakaran ini berkaitan dgn nak ambil tanah kpg, kedai atau nak halau/bunuh umat Islam/Melayu dari kwsn perumahan/kpg! Bila penduduk/tuan rumah terpaksa pindah - maka apa jadi pd. TANAH yg kebakaran rumah/kpg-kpg ini? Dan siapa DALANG utama yg menaja Cina yg jadi 'pelabur' dlm geng kongsi gelap ini?

    Dan saya syaki geng kongsi gelap yg besar makin ditaja oleh CINA SAMSENG DAPBIAWAK/PKR yg sekutunya, Barat-Israel. Bahkan CIA-MI6-Mossad juga terlibat dalam sindiket dadah/senjata api global, seperti yang ditaja besar-besaran mereka di Afghanistan, Mexico dan Latin Amerika ( lihat http://www.intrepidreport.com/archives/968, Zeta gang connected to U.S. Special Forces/Mossad, By Wayne Madsen, March 10, 2011!). Ini adalah untuk menghancurkan moral jenerasi muda dan meningkatkan JENAYAH termasuk akibat penggunaan dadah/senjata api, untuk menghuru-harakan negara, di Dunia Islam dan Dunia Ketiga, yang kaya minyak-gas. Jadi senanglah mereka nak MENJAJAH!

    Jadi, KDN mesti buat RISIKAN segera - sebab ini amat merbahaya buat Islam/umatnya dan negara pusaka kita ini.

    Sila lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/10/Gang-36-one-of-the-most-feared-in-the-nation.aspx, Gang 36 one of the most feared in the nation, Saturday August 10, 2013:

    KUALA LUMPUR: Gang 36 was originally made up of Chinese members before it was taken over by Indians to become one of the most feared secret societies in the country…..The expert said there were still Chinese members in Gang 36, but they played a more passive role as “investors”. They pour money into the gang to fund its activities which allow them to double their money.

    “Most of the time they would have legitimate jobs like in real estate.”

    …..He said the fear surrounding Gang 36 had led to many thugs just using its name to set up their own units, adding that membership was hard to verify with it being such a loose organisation…..

    Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

    ReplyDelete
  3. Sila tanya Azeez Rahim,bekas kuncu Tingkat Empat, apa yang dia lakukan dengan diskaun bernilai RM36 juta yang DBKL berikan kepada KLGCC / Sime Darby untuk pajakan tanah Bukit Kiara.

    SPRM perlu melihat kepada perkara ini!!

    Azeez kaki songlap tak layak jadi chairman Tabung Haji

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...