Konco-konco ku

Monday, September 3, 2012

PARTI BOGEL WAJIB HISAP SYABU


PARTI LIAR DISERBU POLIS, WAJIB HISAP SYABU DENGAN BAJU ALA HAWAII - Dengan bayaran serendah RM15 sekepala, dua juruhebah (DJ) bebas dikesan menubuhkan satu laman web sosial bagi menarik perhatian peminat muzik tekno sebelum menganjurkan parti ‘Tekno Underground’ sempena sambutan malam kemerdekaan di Teluk Juara, Pulau Tioman pagi kelmarin.

Bagi peminat muzik itu yang mahu menyertai parti liar terbabit, mereka perlu mematuhi syarat wajib penganjur iaitu pertama, berpakaian ala Hawaii, kedua, menghisap syabu dan ketiga, pil Ecstasy yang dibekalkan penganjur.

Difahamkan, dua penganjur terbabit sudah menutup akaun laman web sosial berkenaan pada 25 Ogos lalu selepas menarik 24 individu termasuk beberapa gadis yang meminati muzik berkenaan.

Pada masa sama, dua penganjur terbabit dikatakan memperuntukkan lebih RM1,000 bagi menyediakan kemudahan penginapan, makan serta minum kepada semua peserta.

1 comment:

  1. Saya tidak memandang perempuan dengan aksi lucah dihadapan tapi kepada patung patung tokong yang berbaris dibelakanghnya. Ianya mengingatkan saya kepada sesaorang..seorang tokoh yang sangat saya sanjung karyanya pada zaman sekolah menengah dulu. Kini semuanya telah berubah. Saya melihat dia sudah tidak memperjuangkan nasib dan kepentingan bangsa Melayu. Dia telah berpaling dan menjadi pengkhianat bangsanya sendiri.Novelnya yang saya simpan sudah berpuluh tahun bersebelahan dgn novel HAMKA Tenggelamnya Kapal Van Der Wijk telah saya suruh buang dalam lori sampah.

    ReplyDelete

comment please.....