RAMAI yang ketawa tidak ingat dunia bila membaca cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang bercadang untuk mengalirkan air dari Tasik Kenyir, Terengganu ke Selangor bagi mengatasi krisis air yang dijangka melanda negeri tersebut pada 2014.
Kononnya mengikut Khalid, paip air baru itu nanti akan dibina mengikut paip gas sedia ada di Banjaran Titiwangsa yang menghubungkan Terengganu dan Selangor bagi tujuan tersebut.
Tapi si pandir ini telah dimaklumkan atau tidak bahawa air dan gas tidak mempunyai berat yang sama, dengan air adalah jauh lebih berat dari gas. Uji kaji mudah, cuba tuangkan air berkabonat ke dalam gelas, apa yang ‘meletus-meletus’ di atas, dan apa yang tertinggal dibawah? Sudah tentulah gas yang akan meletus-letus di atas dan air yang akan tinggal dibawa.
Justeru untuk merealisasikan cadangan Khalid itu maka akan menjadi satu kerja pulak lagi untuk membina sistem pam air tekanan tinggi yang mampu menolak air dari Tasik Kenyir melalui Banjaran Titiwangsa untuk menyalurkan air ke Selangor.
Berapa kos dan tenaga manusia yang diperlukan, itu satu perkara yang Khalid tidak terfikir hingga sekarang. Sudah tentu pam ini tidak boleh gagal atau rakyat Selangor akan dilanda ‘kemarau air terawat’, waima dimusim hujan.
Kenapa Khalid memilih jalan susah sedangkan jalan mudah sudah ada, itu sedikit mengelirukan.
Salam Bro,Aku tak tahu apa nak cakap pasal si khalid ni.Dia ni sihat ke tidak ? Nak ambik air dari tasik kenyir ? pergh......masalah sampah tak selesai lagi,nak ambik air dari tasik kenyir ! Apa kata kita longgokkan sampah-sampah yang terbiar tu di depan rumah dia ? kita tengok apa reaksi dari si khalid ni
ReplyDelete