Konco-konco ku

Wednesday, July 10, 2013

SEMAKIN RAMAI CINA DI SELANGOR, SEMAKIN BANYAK PUSAT URUT DIBUKA!! #BBC

Kerajaan Selangor digesa mengambil tindakan menyeluruh dan bersepadu terhadap kewujudan pusat urut kaki yang semakin bercambah kerana dikhuatiri boleh mengganggu sistem ekonomi masyarakat luar bandar di negeri itu.

Budiman Mohd Zohdi (BN-Sungai Panjang) mendakwa pertambahan pusat-pusat urut itu dalam tempoh lima tahun pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PKR di Selangor juga menyebabkan masyarakat luar bandar, terutama di Sekinchan, Sabak Bernam dan Tanjong Karang dilihat mengalami kejutan budaya. 

"Selain kewujudan pusat itu, turut menyumbang kepada kejutan itu ialah pertambahan 'tukang urut kaki' warga asing dari Vietnam, Thailand dan China yang mana semuanya tidak memberi manfaat kepada pembangunan sosio-ekonomi luar bandar di negeri ini. 

"Saya berikan contoh di kawasan Sekinchan, dahulu saya difahamkan ada 10 buah (pusat urut kaki), sekarang ini ia bertambah kepada 17 buah. Mengapa perkara ini terjadi...Apakah tumpuan sebenar kerajaan negeri dalam membangunkan sosio-ekonomi kawasan luar bandar?," soalnya.

Budiman berkata demikian ketika membahaskan usul mengenai pembangunan infrastruktur dan ekonomi luar bandar di bawah semangat 'Go Rural' pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, di sini hari ini. 

Dakwa beliau pertambahan pusat urut kaki itu turut mendorong kepada kewujudan pusat judi siber di kawasan yang sama. 

"Saya tidak mahu masyarakat luar bandar dari golongan nelayan dan petani terpengaruh dengan perkembangan sebegini yang mana akhirnya mereka membuang duit (pendapatan) di pusat-pusat ini," tegasnya.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...