Konco-konco ku

Saturday, July 13, 2013

[PRK KUALA BESUT] MENTERI PERTANIAN TURUN PADANG BANTU RAKYAT KUALA BESUT!!

Kuala Besut - Hari kedua selepas Hari Penamaan Calon semalam makin rancak dengan kempen-kempen mendekati rakyat, membantu golongan memerlukan sambil menyampaikan maklumat dan penerangan tentang kerajaan.

Turut mengambil tempat hari ini ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Dato' Seri Ismail Sabri Yaakob dalam Program Mesra Ramadhan dan penyerahan bantuan kepada nelayan dan petani di Kampung Seberang Barat, Kuala besut.

Lebih 2 ribu penduduk kawasan terbabit hadir memeriahkan program tersebut yang rata-ratanya terdiri daripada golongan nelayan.

Sokongan yang diberikan itu memberikan isyarat jelas bahawa penduduk Kuala Besut mahukan Barisan Nasional terus memerintah dan membawa lebih banyak pembagunan ke kawasan mereka. - NadiRakyat

No comments:

Post a Comment

comment please.....