Konco-konco ku

Saturday, July 27, 2013

KERAJAAN NEGERI JOHOR DI BAWAH BN MANSUHKAN LESEN PUSAT HIBURAN!! NEGERI KEBAJIKAN PAKATAN??

SEMAKIN mengganas aku tengok Menteri Besar Johor yang baru kali ini. Selepas satu, satu lagi tindakan drastik yang dilakukan bagi membanteras budaya sosial yang sudah tidak dapat dikawal lagi di negeri Johor Darul Takzim. Johor yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu yang beragama Islam dilihat menyambut baik tindakan MB Johor.

Tahniah Datuk Seri Hj. Mohamed Khaled Nordin!!

Cuma aku masih menunggu sejak dari 2008 lagi bagi negeri yang dipimpin oleh pakatan haram DAP-PKR-PAS yang kononnya membawa satu pentadbiran ke arah yang lebih Islamik di Malaysia. Satu kerajaan negeri yang membawa kepada kebajikan rakyat berpandukan kepada prinsip-prinsip Islam yang telah termaktub. Yang juga bermakna tiada benda-benda 'lagha' seperti pusat hiburan, pusat judi, pusat urut, serta pusat-pusat Chinadoll. Namun sehingga kini semuanya hanyalah angan-angan Mat Sabu.

Fokus pada negeri Selangor yang ditadbir oleh PKR. Sebelum tahun 2008, didalam manifestonya katanya akan menutup kilang arak di Shah Alam, akan menutup pusat urut di sekitar Selangor, tidak akan memberi lesen hiburan kepada pusat hiburan di Selangor dan bermacam-macam lagi tapi hingga kini, 2013 apa yang terjadi?

Janji tinggal janji. Inilah yang dinamakan 'JANJI DI CAPATI'.

Apa yang kerajaan negeri kebajikan pakatan dah lakukan? Adakah kilang arak di Shah Alam sudah ditutup?

Adakah pusat urut banyak yang tidak beroperasi? Adakah pusat hiburan, judi semakin berkurang?

Itu semua hanya mimpi Khalid yang terlena dalam press conference.......

Sejak Selangor diambil alih oleh Khalid Gagap, kilang arak masih gagah berdiri tegak ditempat asal. Pusat urut makin bertambah bagai cendawan tumbuh lepas hujan. Pusat judi jangan cakap, dari sekecil-kecil kedai judi tidak kira Magnum atau Toto, sehinggalah kepada sebesar-besar kedai. Contoh paling dekat adalah di Sekinchan, pusat judi ekor bersebelahan dengan Pejabat DAP Sekinchan. Senang nak pantau katanya.

Aku masih tertunggu-tunggu jugak apa yang Selangor nak buat pasal rumah urut dan pusat judi ni? Di Shah Alam baru-baru ini dalam bulan Ramadhan juga, ada penganjur pusat hiburan tidak menghormati bulan Ramadhan dengan penganjuran tarian bogel di sekitar Setia Alam. Dengan muzik yang membingitkan telinga berjaya mengganggu imam dan makmum untuk mengerjakan solat terawikh yang jarak antara pusat hiburan dan surau hanya 1km. Adakah ini digelarkan menghormati agama lain??

Rakyat yang prihatin sudah ramai yang bising tentang perkara ini namun tiada sebarang tindakan pun yang diambil oleh PBT. Sebab apa? Ya! Atas arahan Menteri Besar Selangor, pusat hiburan ini tidak ada apa-apa kesalahan, yang menjadi kesalahan adalah surau tersebut. Kenapa surau itu dibina dekat dengan pusat hiburan? Antara alasan yang diterima.....

Habis apa bezanya pentadbiran pakatan di Selangor dan BN di Johor? Nampaknya kerajaan Johor di bawah BN lebih Islamik dari Selangor. Lebih Islamik dari Pulau Pinang.

Bila Khalid Gagap nak gempur pusat hiburan sekitar Puchong, Petaling, dan Klang???


9 comments:

  1. Tamparan Hebat ! buat negeri2 di bawah PR..cakap banyak ceramah pong pang pong!! taraguna....ada berani bikin ?

    ReplyDelete
  2. Johor negeri berimbang, dunia diusahakan, setakat ni Alhamdulillah, ramai yg dtg cari rezeki, agama dan Akhirat tak diabaikan, sekolah agama utk semua maintain, kuliah ceramah terus giat di surau surau dan masjid masjid.

    ReplyDelete
  3. Jgn biarkan org kelantan masuk johor... Banyak virus meka nie... Kalau tak dicegah... Johor pun boleh swing kpda pr nanti... Dgn kita kemain ambo belakang kita mereka gedebeh

    ReplyDelete
  4. Selangor pulak memegang rekod rumah urut terbanyak di Malaysia, sewaktu BN dulu hanya sekitar 700 buah itupun dipenempatan bukan Islam, sekarang ni bawah PR dah lebih 7000 buah..hampir setiap perumahan ada rumah urut, itulah Islam yg dibawa oleh PAS dan PKR.

    Masjid jgn harap lah nak dibina, pusat konvensyen kristian yg terbesar jugak yg naik di kawasan seri petaling..inilah bezanya golongan yg PERASAN Islam dgn golongan yg PRAKTIK Islam..

    ReplyDelete
  5. Tahniah MB,yg penting kuatkan penguatkuasaan.Gempur habis2an sarang maksiat yg jadi punca budak2 Melayu rosak akhlak.Johor punya sekolah agama sangat sistematik dan boleh dikatakan semua anak2 johor sekolah agama tapi budak2 muda hancur juga.

    Inilah salah satu punca pengaruh keruntuhan sosial remaja selain internet.

    ReplyDelete
  6. Bagus, semua tempat judi ni cinabeng yang punya, kasi gempur bagi habis sampai diaorang bankrup. dahlah rosakkan moral , tak sokong BN lagi, Diaorang tak sokong pun UMNO pun tak heran.

    "JOHOR, Luaskan Kuasamu"

    ReplyDelete
  7. Ape citer pusat judi dekat kulaijaya ngan senai gagah je aku tengok xde pape tindakan ke?

    ReplyDelete
  8. aku duk kat kulaijaya mana ada pusat judi. klentong kuat ko ni. tuii..

    ReplyDelete
  9. Ko pegi kat tj mart, ioi kulai, senai pusat snooker dkt bandar, mydin kat atas,tesco sebelah kfc try la masuk nengok biar celik skit mata ko tu..kat tj mart lagi la pondok polis dekat xde pape tindakan pun rilek je pusat judi dlm pasarraya nak hapus konon buat dulu bru org percaya...

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...