Konco-konco ku

Friday, July 12, 2013

"ANAK USTAZ-PROFESIONAL-ORE MUDO" - PAKEJ LENGKAP BAGI CALON BN KUALA BESUT!!

BAHANG pilihanraya kecil DUN Kuala Besut semakin hangat dengan kehadiran ribuan bantuan dari luar daerah untuk memenangkan calon parti masing-masing. Harapan yang tinggi kali ini disandarkan kepada seorang anak muda dari Kuala Besut dengan tagline yang boleh meninggalkan kesan kepada seluruh pengundi di DUN Kuala Besut iaitu "anak ustaz-professional-ore mudo".

Dengan harapan supaya keputusan kali ini masih memihak kepada calon BN dengan penambahan majoriti 4000 undi, Barisan Nasional Bahagian Besut meramalkan kerusi DUN Kuala Besut akan kekal milik BN pada 24 Julai ini.

16:16 adalah target utama PAS namun jangan bimbang, walaupun PAS menang dalam PRK kali ini BN masih lagi memerintah Terengganu dengan kekuatan sokongan Speaker DUN yang memihak kepada Barisan Nasional. Tak perlu risau dengan angan-angan PAS yang ingin menakutkan rakyat. Mereka hanya pandai bercakap namun semua nya ternyata dusta.

Harapan kemenangan BN dikuatkan lagi dengan pertelingkahan pemimpin PAS yang sehingga kini masih mempertikaikan perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah Pilihanraya PAS bukannya Wahid Endut yang dilihat adalah individu paling layak memandangkan PRK kali ini diadakan di kawasan beliau yang mana beliau adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu.

Ketidakpuasan hati pemimpin PAS ini dilempiaskan melalui satu kiriman sms kepada kepimpinan PAS Terengganu yang lain yang turut mempertikaikan perlantikan Husam Musa.


No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...