Konco-konco ku

Monday, December 30, 2013

KAMPUNG BARU TAN SRI KHALID IBRAHIM, SUNGAI AIR TAWAR BAKAL TERBINA SELEPAS DICEROBOH!!

PROJEK pembangunan Kampung Tan Sri Khalid Ibrahim di Sungai Tengar Utara dalam kawasan DUN Sungai Air Tawar menjadi persoalan kepada penduduk kampung sekitar yang tidak selesa dengan pencerobohan secara besar-besaran ini.

Habis binatang liar yang selama ini menjadi habitat di kawasan tersebut lari meninggalkan hutan lalu menceroboh kawasan kampung sekitar dengan merosakkan tanaman seperti pisang dan masuk ke rumah-rumah penduduk kampung.

Perkara ini telah diajukan kepada Pejabat Tanah dan Galian Daerah Sabak Bernam tetapi tidak dapat berbuat apa-apa kerana perkara ini dibawah bidang kuasa kerajaan negeri yang telah mengarahkan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) untuk meneroka kawasan ini bagi membangunkan sebuah lagi kampung.

Jika sebelum ini kawasan ini telah digazetkan sebagai kawasan Hutan Simpan bagi aktiviti pemerhatian burung Enggang, kini segalanya telah berubah. Bukan sahaja burung enggang telah lari dari habitat, malahan monyet, ular, babi hutan juga telah berhijrah dan menjadi jiran atau menumpang di rumah-rumah penduduk kampung sekitar.

Inilah yang dinamakan Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan merakyatkan ekonomi negeri terlebih dahulu kepada kroni-kroni Khalid Ibrahim. 




2 comments:

  1. he...he..he...kampung kelahiran aku ni.....dulu di panggil sg.tengar jer.....tapi dah di bahagi dua, utara dan selatan.......aku asal sg.tengar selatan......masalah babi dah lama berlaku, monyet menyusul ....

    ReplyDelete
  2. http://www.theweeklypay.com/index.php?share=220249

    ReplyDelete

comment please.....