Konco-konco ku

Sunday, December 22, 2013

KALIMAH ALLAH TERUS DIGUNAKAN DALAM MAJLIS RASMI PENGANUT KRISTIAN!!!

PETANG tadi bertempat di Hotel Gold Coast, Bandar Di Raja Klang, Selangor telah diadakan satu forum yang menggabungkan tiga rumah ibadat agama Kristian iaitu Gereja Klang, Nilai dan Puchong.

Yang lebih mengejutkan adalah adanya perkataan kalimah Allah yang turut digunakan oleh penganjur majlis ini. Sedangkan sebelum ini, mahkamah telah memutuskan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh mana-mana agama di Semenanjung Malaysia bagi mengelakkan kekeliruan dari segi penggunaan nama tuhan.

Putrajaya tetap dengan pendirian kalimah Allah adalah hak mutlak penganut Islam dan tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi apabila ditanya tentang keputusan rayuan oleh Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur yang bakal diumumkan 22 Ogos ini.

Jadi, apa pula tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Mahkamah berkenaan penggunaan kalimah Allah dalam acara anjuran Gereja Kristian ini??? Bukankah telah diputuskan bahawa kalimah Allah adalah hak mutlak penganut agama Islam???

1 comment:

  1. mereka sengaja buat macam tu. biar isu itu jadi polemik dan dibahaskan balik. biar panas supaya akhirnya mereka menang. nasihat aku, warga marhein, ambil tindakan sesuai dengan keputusan mahkamah dan jangan sesekali polemikkan.

    ReplyDelete

comment please.....