Konco-konco ku

Monday, December 2, 2013

PAS KAFIRKAN USTAZ KAZIM HANYA KERANA JEMPUTAN NAJIB MASUK MT UMNO!!!

HEBOHLAH seantero dunia bahawa Ustaz Kazim Elias, Penceramah Bebas dipinang oleh Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak untuk bersama-sama kepimpinan UMNO yang lain dalam Majlis Tertinggi UMNO.

Segala macam fitnah, tohmahan, maki-hamun, serta beribu-ribu cacian terhadap pendakwah ini telah dilemparkan sejak nama beliau dilantik bagi menganggotai MT UMNO. Ya! Benarlah kata Ustaz Kazim, tak dinafikan juga yang beliau masih lagi ahli PAS Perak dan masih belum mengisytiharkan keluar dari parti itu.

Jadi, apa masalahnya kalau Najib sendiri yang jemput? PAS rasa tergugat ke?

Selama ini pun siapa yang lebih kuat maki dan fitnah terhadap Ustaz Kazim walaupun dia masih ahli PAS tetapi kerana ceramah beliau lebih banyak menyindir PAS, makan berbatalion ahli PAS yang buta hati telah menghinanya. Wajarkah seorang alim ulama', punya pengetahuan luas dalam agama Islam diperlakukan begitu rupa? Dan yang lebih teruk lagi oleh ahli PAS sendiri?

Segala keputusan terpulang kepada Ustaz Kazim sama ada mahu menerima pelawaan itu atau tidak. UMNO memang perlukan seorang penasihat agama dalam Majlis Tertinggi Parti. Bukan nak cakap semua pemimpin UMNO dah lari jauh dari agama Islam namun hakikat sebenarnya perlu juga dirungkai walaupun pahit.

Tetapi perlu diingat bahawa ribuan penyokong PAS memang tidak senang jika Ustaz Kazim bersama UMNO bagi membina semula UMNO yang dulu. Mungkin PAS sudah tersentak dengan pembabitan golongan ilmuwan dalam UMNO.

Apa-apa pun aku masih menyokong Ustaz Kazim walaupun dia masih ahli PAS.

3 comments:

  1. Ust Kazim mmg sesuai sbg MT Umno... pengganti Abdul Hamid Othman... layak sngt sbg Penasihat Agama... popular dan dihormati rakyat... tu yg Pas dan rakan2 kafir dan mnunafiknya dlm PR takut sngt tu...

    ReplyDelete
  2. Us. Kazim saya setuju...tapi nazri aziz kenapa dilantik juga? Bukankah dia tak nak jadi ahli MT tu sebab tak masuk bertanding haritu? Kalu tak berminat bertanding kenapa mesti dilantik. Ramai lagi yg boleh dilantik jadi MT. Mana Mukhriz?..

    ReplyDelete
  3. orang2 Pakatan Rakyat panggil BN dgn gelaran MACAI..tak ape,kita terima saja..tetapi orang PAKATAN RAKYAT ialah MUNAFIKIANS !!!!!!!

    ReplyDelete

comment please.....