Konco-konco ku

Tuesday, December 24, 2013

KEJATUHAN SEBUAH KERAJAAN KERANA KENAIKAN HARGA BARANG, PENGURANGAN SUBSIDI!!!

Kenaikan harga barang, subsidi rasionalisasi dan KEJATUHAN SEBUAH KERAJAAN....

Ramai yang bertanyakan kenapa agak senyap kebelakangan nie. Ada nie, cuma sibuk selesaikan tugasan akhir tahun dan tuntutan untuk bercuti...

Kenaikan harga barang sedang hangat diperkatakan. Semakin banyak keluhan dari pelbagai lapisan masyarakat, TERUTAMA GOLONGAN PERTENGAHAN "MIDDLE CLASS". It is understandable.

Pada dasarnya, ekonomi 101, segala bentuk subsidi adalah tidak baik utk sesebuah negara, ianya adalah 'opium' yg mana nak berhenti adalah amat sukar. Subsidi juga membuatkan keadaan 'misallocation of resources' dlm ekonomi dan banyak lagi KESAN sampingan yg lain. Sebagai seorang dari bidang ekonomi, saya masih berpegang prinsip tersebut...

WALAUBAGAIMANA PUN, usaha kerajaan melaksanakan seperti SERENTAK DAN SERENTAK DGN PERLAKSANAAN GST ADALAH AMAT MERBAHAYA DAN MENPUNYAI KOS POLITIK YG AMAT TINGGI. Masalahnya 'kalau tak buat, tak buat langsung, bila nak buat nak buat SEKALI GUS... MACAM TAK DE HARI ESOK.."

Kerajaan perlu lebih pandai untuk menangani perkara ini, umpama menarik rambut dalam tepung. 

Saya berpendapat laksanakan GST dengan jaya dahulu. Kejar peniaga-peniaga yang selama ini senang lenang melarikan diri dari membayar cukai. Kawal keaadan harga barang dengan memastikan peniaga-peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikan harga sewenangnya. Kajian harga perlu dilakukan secara terperinci. Penguatkuasaan perlu pada tahap yg tertinggi.

Lebihan RM30 ke RM40 billion dari GST mestilah dilaburkan dalam bentuk "wealth creation" terutama pada golongan MIDDLE CLASS dan juga membentuk golongan usahawan pertengahan yang kukuh. RM46billion belanja pembangunan juga perlu ditransformasikan untuk "wealth creation" golongan bawahan dan pertengahan. Dari perincian RM46b ini, saya masih tak nampak keberkesanan PEMBANGUNAN dalam ertikata "wealth creation".

Cukup-cukup mengkayakan golongan yang sudah kaya raya, tamak dan tidak pernah cukup dan tiada SIFAT PATRIOTIK. YANG PENTING KAYA MAH...

Sebenarnya golongan pertengahan mempunyai pengaruh yg amat kuat arah tuju politik sesebuah negara. Dan kerajaan amat perlu memperhalusi dan mengurus golongan ni dengan lebih berhati-hati.

Setelah GST berada dlm keadaan yang stabil dan golongan pertengahan (yang paling banyak terkena dengan penarikan subsidi) bertambah kukuh, barulah secara seransur ansur subsidi ditarik.

Yeap, saya tahu RM49b subsidi adalah jumlah yang amat besar. Tetapi tanpa perancangan rationalisasi yang terperinci dan bijak, KOS POLITIK nya adalah sebuah kerajaan itu sendiri....

Oh yea lupa... tax golongan yg kaya raya tu tax them heavier than now. Kita ada Dato Sri Dr Wahid, im sure he is more capable to devise a much better tax structures....

Renung2kan Selamat Beramal... 

Pengerusi Nadi Rakyat Pahang

7 comments:

  1. Rakyat tak peduli apa pun alasan... yg rakyat tau, kos sara hidup semakin naik tapi pendapatan tak naik...khusus nya penduduk luar bandar yg takde pendapatan tetap... hal camni lah yg akan mempengaruhi pertimbangan rakyat dlm PRU akan dtg...kalau tak caya, tengok la pru14 kelak...

    ReplyDelete
  2. dalam kajian ilmu sains politk,telah terbukti bahawa sejak dahulu di pelbagai negara, rakyat akan memberontak kalau susah seperti peningkatan kos kehidupan

    ReplyDelete
  3. heran plak kan...org merungut kenaikan barang tp bila tgk org middle class ni.,.klu melancong ke luar negara bleh plak..

    ReplyDelete
  4. Bye-bye BN....
    BN = Barisan Nasional = Barang Naik

    Selama beberapa tahun yang lepas golongan pertengahan tidak mendapat apa-apa....asyik focus kat golongan rendah dan golongan tinggi.... Nampaknya tak ada faedah langsung untuk golongan pertengahan undi BN.

    Hamprak punya BN....menyesal aku undi BN

    4 tahun lagi umur BN...bye-bye

    ReplyDelete
  5. Tindakan rasionalisasi subsidi ada kebaikannya,dalm mewujudkan persaingan produk makanan di pasaran.Ia akan menghasilkan, banyak kreativiti produk dari kilang, terutama dlm bentuk saiz supaya mampu bertahan lama dan murah di pasaran.Selain daripada itu,ia akan memperluaskan penggunaan teknologi hijau utk penjimatan tenaga dan teknologi tinggi serta bersih.Tindakan sebegini akan mewujudkan industri tenaga boleh di perbaharui dapat di lakukan dgn lebih rancak lagi.Kesannya,ia tidak baik kepada pelabur yang sedia ada.Perlu ada insentif dlm bentuk pinjaman dana atas peningkatan teknologi yg boleh mengurangkan kos operasi kilang keseluruhan.Penghasilan produk makanan dari kilang yang mengunakan teknologi tinggi yang meningkatan tahap kebersihan akan memenuhi kehendak produk halal.Kesimpulannya,ia akan merubahkan lanskap perindustrian yang berinsentifkan teknologi tinggi,bukan lagi kepada tenaga buruh.GST dan cukai import,seharusnya membantu ke arah tersebut dalam mengurangkan isu tenaga luar negara..

    ReplyDelete
  6. masalah teknologi tinggi adalah sebab sparepart yang perlu di import dari luar.Kos repair tinggi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. apakah jaminan yg harga barang akan turun mendadak jika BN kalah?
      bolehkah senaraikan pendek benda-benda yg turun diselangor?

      walaupun kita ucapkan selamat tinggal pd BN serta ucapakna selamat datang pd PR tiada tanda -tanda barangan turun harga!

      Delete

comment please.....