Konco-konco ku

Sunday, December 15, 2013

2014 SEMUA PERKARA AKAN DINAIKKAN HARGA!! WHAT NEXT???

AGAK lama juga tidak berkongsi idea dalam laman buruk yang bukanlah sehebat penulis-penulis handalan. Agak bersawang juga rupanya apabila satu-satunya medium untuk aku meluahkan, melemparkan idea bodoh yang tidak akan diterima pakai oleh mana-mana pemimpin di Malaysia ini apabila dibiarkan kosong tanpa penulisan kritik.

Sejak beberapa minggu lalu lagi aku mula tersentak dengan perkhabaran yang kurang enak bagi rakyat Malaysia. Mungkin ada sebilangan yang tidak akan kisah dengan kenaikan harga dari barangan hinggalah ke elektrik yang akan dilancarkan secara berjemaah pada tahun hadapan.

Puas sebenarnya menadah telinga mendengar makian, cacian dari rakan sebaya yang baru mahu memulakan hidup dengan kerja ataupun alam rumahtangga, namun hakikatnya segala bagai perkara yang ada di Malaysia bakal dinaikkan sedikit demi sedikit.

Aku tak kaya. Aku bukan jutawan. Aku bukan punya syarikat. Aku juga hanya kerja makan gaji seperti mana sebilangan rakyat Malaysia yang lain. Nak kata aku sebagai pengemis juga aku terima sebab memang gaji aku umpamanya kais awal bulan, makan akhir bulan.

Selepas beberapa barangan keperluan dinaikkan, selepas minyak dinaikkan, selepas gula dinaikkan hingga mempengaruhi harga-harga keperluan lain dipasaran, kini kerajaan Malaysia akan terus menaikkan pula tarif elektrik. Selepas tarif elektrik, akan dinaikkan pula kadar tol seluruh negara. Selepas tol kenderaan, entah apa lagi nak naik aku pun tak pasti sebab aku bukan menteri. 

Mungkin ada yang senada dengan aku. Dan mungkin akan lebih ramai yang menghina aku kerana membantah cakap Perdana Menteri tentang kenaikan harga ini. Tapi sampai bila kita nak jadi YES MAN?? 

Sedar aku tak pandai mana dan memang tidak layak punyai masa depan yang cerah. Tidak punya pendidikan yang tinggi kerana lahirnya dari keluarga susah dari kampung. Konon berhijrah ke kota besar mahu mengubah nasib keluarga, tapi hampa apabila kita terus ditekan dengan peningkatan harga pasaran barang asas keperluan.

2014 kadar kenaikan meningkat. 2014 tahun malang bagi rakyat Malaysia. 2014 tahun bencana juga bagi kerajaan Najib dan Barisan Nasionalnya.

4 comments:

  1. Yang tertekan ramai yang menekan tak ramai,apakata yang ramai menekan yang tak ramai.

    ReplyDelete
  2. Ini pasal rasionalisasi subsidi ler nie.Kita rakyat malaysia nak tahu,berapa jumlah kutipan yang di jangka di perolehi oleh penbendaraan kerajaan.Berkaitan tentang subsidi,ia sangat berkait rapat dengan setiap warganegara malaysia terutama dalam soal bil utiliti dan barang keperluan bulanan untuk kita terus hidup dan bersesuian dengan pendapatan rendah dan sederhana warga kerja dalam negara di kala ini.Persoalannya,ke mana wang dari penjimatan atas rasionalisasi subsidi di belanjakan.Adakah ia sekadar membersihkan akaun penbedaraan negara atau memenuhni tuntuntan kenaikan gaji warga kerja kerajaan atau memokuskan pelaburan dalam sektor oil dan gas,penapisan loji minyak,automotif serta penjanaan tenaga untuk memulangkan semula dan meningkatkan kesejahteraan rakyat di bawah satu bumbung atas kepentingan rakyat dan kerajaan serta melastarikan minat pelabur asing yang di jangka lebih tepat dan bermanafaat atau melabur di koridor ekonomi yang menampakan kelesuan seperti di utara dan pantai timur yang tidak menjanjikan bulan dan bintang.Ke manakah langkah tranformasi ekonomi negara hendak di bawa oleh kerajaan untuk mewujudkan "wow factor "dan bukan "zip zap factor" yang menjurus kepada pandangan yang agak radikal untuk menempuh,hanya empat tahun untuk di realisasikannya sebelum PRU 14.

    ReplyDelete
  3. Andaikata, di era pentakbiran Pak Lah di ketegorikan lemah dan sangat teruk,di susuli pentakbiran terkini di ketegorikan yang tersangat lemah dan amat teruk.Jangan pula pentakbiran negara yang berikutnya membuatkan rakyat terperanjat beruk, selepas PRU 14.

    ReplyDelete
  4. mintak slow2, depa tak hirau. rayu penuh hemah, depa buat tak reti. hati pelan2 sudah naik hot. jerit sikit2, depa tak pandang lagi. depa ni ada telinga dak? ada mata dak? ada akal dak? ke depa ni memang mengidam nak dikaramkan. tolong habaq mai!!

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...