Konco-konco ku

Tuesday, December 3, 2013

#PAU2013: PEMIMPIN UMNO MOHON KERAJAAN TELITI KENAIKAN TARIF ELEKTRIK!!

ISU peningkatan tarif elektrik yang bakal dikuatkuasakan oleh kerajaan pada awal Januari 2014 akan datang bukan sahaja meresahkan rakyat marhaen terutama mereka yang berpendapatan rendah malah pemimpin parti juga turut mempersoalkan kenaikan tarif elektrik ini.

Media Nadi Rakyat Malaysia sempat menemubual beberapa orang pemimpin ketika berada di PWTC sempena Perhimpunan Agung UMNO 2013 antaranya Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Dato' Jamal bin Md. Yunos.

2 comments:

  1. Aku rasa ini pasal TNB nak menambah dan meningkatkan facilities di luar2 bandar, ceruk2 kampung dan hulu banat. Rasa aku la. Setahu aku banyak lagi kawasan pedalaman yang perlukan pencawang, power station dan sub station terutama kat Johor, Sabah dan Sarawak. Ini bukan kecik punya kerja. Bila TNB makin banyak bangunkan facilities, secara amnya kerajaan dapat tingkatkan GDP.
    Mcm mn GDP dapat ditingkatkan? Sebab penduduk pedalaman yg ingin menjadi usahawan perlukan kemudahan2 yg memerlukan tenaga elektrik untuk hasil2 tani dan produk2 lain secara praktikal, dan dapat meningkatkan pertumbuhan perindustrian luar bandar. Aku x la nak sokong TNB. Tapi org yg ada background ekonomi mesti tau punya la. Klu BN approve tariff adjustment ni, secara teorinya tak salah, malah memang patut pun, cuma tak bermoral. itu je

    ReplyDelete
  2. Kalau ye pun nak meningkatkan fasiliti, takkan rakyat yg kena tanggung bebannya... TNB dah untung berbilion RM... takkan tak cukup... rakyat khususnya majoriti di luar bandar, petani, nelayan dsb, dah cukup terbeban dgn kenaikan harga minyak dan gula...

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...