Konco-konco ku

Wednesday, December 18, 2013

KERAJAAN NEGERI SELANGOR KENAKAN CUKAI BAGI PLAZA TOL PUNCA KENAIKAN!!!

DUA tiga hari ini aku pelik kenapa seluruh rakyat Malaysia begitu prihatin dengan kenaikan tol yang dikatakan bakal naik RM0.50 hingga RM2.00 bagi seluruh plaza tol di seluruh negeri Selangor. Diulang NEGERI SELANGOR yang bermakna Lembah Klang malah tidak menjejaskan langsung harga tol bagi lebuhraya PLUS yang menghubungkan Utara dan Selatan Semenanjung Malaysia.

Seperti yang aku cakapkan kepada rakan-rakan yang bertanya. Aku juga seperti kalian, runsing juga dengan kenaikan harga tol tetapi memandangkan aku ulang-alik kerja pun naik motor al-maklum kurang berkemampuan, jadinya aku beranggapan kenaikan harga tol tak beri kesan kat aku. Ada masalah ke bagi pengguna laluan motosikal? Ada masalah ke kalau orang bandar nak balik kampung? Kalau ada masalah itu maknanya korang memang berkemampuan untuk punyai kereta dan punyai kemampuan untuk membayar kenaikan harga tol di seluruh Selangor.

Belek punya belek dengan laman yang bersawang ni terpandang pula pada satu artikel yang pernah dikeluarkan oleh portal pemfitnah no.1 di Malaysia iaitu MalaysiaKini. Antaranya ada menyebut tentang kenaikan kadar tol sekitar Selangor terutama di bawah jajahan Majlis Bandaraya Shah Alam adalah berpunca daripada pihak PBT yang bakal mengenakan lesen untuk setiap pondok kutipan tol.

"Sepuluh lokasi plaza tol berkenaan ialah konsesi lebuh raya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (Guthrie)."

"Kadar itu meliputi bayaran lesen RM1,000 untuk setiap pondok bagi tempoh setahun, RM150 untuk iklan bercahaya tidak melebihi 8 meter persegi dan RM15 untuk setiap meter persegi tambahan."

"Kadar lesen untuk iklan tidak bercahaya dengan keluaran tidak melebihi 8 meter persegi ialah RM200 dan RM20 untuk setiap tambahan meter persegi."

Secara logiknya aku berpendapat akibat lesen yang bakal dikenakan oleh Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat menyebabkan konsesi lebuhraya tidak dapat menanggung kos yang semakin bertambah dengan adanya lesen yang bakal dijalankan oleh kerajaan negeri. Jika dicampur dengan kos maintenance dan kos pekerja menguatkan lagi fakta bahawa hanya dengan kenaikan tol sahaja mampu menanggung kos operasi keseluruhan konsesi.

Kita ambil contoh tol LKSA yang menghubungkan antara Shah Alam dan Kota Kemuning punyai 10 buah pondok tol dan perlu membayar lesen RM1,000 bagi setiap pondok bermakna syarikat konsesi itu terpaksa membayar lebih kurang RM10,000 setahun tidak termasuk papan iklan yang memang sudah sedia ada di pondok tersebut. Penambahan kos inilah yang sebenarnya membebankan pemilik konsesi tol.

Dalam hal ini, aku masih menuding jari pada kerajaan negeri yang merupakan penyebab kenaikan harga tol di seluruh Selangor. Seperti biasa bagi mengelakkan diri mereka dipersalahkan, mereka mengalihkan isu ini kepada kerajaan pusat yang bagaikan terkapai-kapai meminta pertolongan rakyat.

Inilah permainan pakatan haram yang menyusahkan rakyat walau belum memerintah negara.

3 comments:

  1. Macam x masuk akal je aper ko citer takkan cukai byk tu sampai nak kena naikkan toll

    ReplyDelete
  2. itu semua anggapan ko tenta punca kenaikan tol, citer fakta lh bro..

    ReplyDelete
  3. Nie salah satu faktor bro kan dah dijelaskan fakta2 nya tu

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...