Konco-konco ku

Wednesday, December 4, 2013

USTAZ KAZIM TOLAK PELAWAAN LANTIKAN MAJLIS TERTINGGI UMNO!!

AKHIRNYA Ustaz Kazim membuat keputusannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh sesiapa pun. Biarlah Ustaz Kazim terus dengan kariernya sebagai penceramah bebas bagi menyebarkan lagi dakwah Islamiyah tanpa terikat dengan mana-mana parti.

Selepas pelbagai tuduhan dan kutukan yang diterima sehingga ada dari penyokong PAS sendiri yang memfitnah beliau dengan bermacam-macam gelaran sehingga ke anjing dan babi. Itulah mentaliti ahli dan penyokong PAS yang luar nampak alim tetapi di dalam penuh dengan syaitan.

Sekali lagi TAHNIAH kepada Ustaz Kazim. Satu pilihan yang bijak.

Tegurlah UMNO dari luar seperti sebelum-sebelum ini.

SUNGAI PETANI 4 Dis. - Penceramah bebas, Mohammad Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim mengumumkan menolak pelantikan beliau sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO. 
Pengumuman tersebut dibuat beliau di hadapan kira-kira 2,000 hadirin dalam program ceramah agama di Taman Ria, di sini, malam tadi. 
Ustaz Kazim berkata, beliau akan mengumumkan secara rasmi melalui sidang akhbar hari ini. 
Pada Jumaat lalu, UMNO mengumumkan pelantikan sembilan anggota MT, antaranya Ustaz Kazim dan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah (Yadim) Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. 
Selepas pengumuman terbabit dibuat, Ustaz Kazim menerima pelbagai tohmahan dan fitnah termasuk daripada pemimpin dan ahli parti Pas. 
Lantaran itu, kelmarin, beliau mengambil keputusan untuk keluar daripada Pas.

5 comments:

  1. RUGILAH USTAZ KELUAR PAS......TAK DAPAT SYURGA !
    Yang maki HAMUN uSTAZ TU AHLI PAS YANG MASUK SYURGA............ITULAH GANJARAN YANG DEPA DAPAT !
    FAHAM KAN..

    ReplyDelete
  2. Isu Ust Kazim mendedahkan sikap sebenar Pas dan penyokong2 nya... langsung berlawanan dgn sikap muslim yg beriman dan bertakwa...

    ReplyDelete
  3. nampaknya jiwa ustaz kazim tidak kental dlm mengharungi dugaan ketika berdakwah......walaupun ustaz suruh kami ikut kekuatan jiwa rasulullah dlm menempuhi dugaan sewaktu berdakwah....mcm mana ni....????

    ReplyDelete
  4. Ust Kazim membuat pilihan yg betul,demi menyatukan umat Islam sebagai matlamat kita memerlukan pendakwah yg bebas,tidak dari mana-mana kelompok.Islam hanya dapat di tegakan melalui dakwah bukan melalui politik,kerana politik hanya lebih memecah belahkan umat.Sebagai penyokong Umno saya lebih merasa selesa dan berbangga jika usaha Umno membena negara di beri pujian oleh pendakwah bebas seperti apa yg Ust Kazim lakukan selama ini.Sementara itu Umno perlu terus mendekati para ulamak bebas utk memertabatkan Islam.Kalau berbaris pun ulamak di dalam Umno,tapi keinginan utk mendaulatkan Islam hanya di bibir ,ianya tidak bermakna juga,jadilah seperti apa yg terjadi kepada Pas sekarang,sehingga para ulamak mereka sudah layak di gelar ulaRmak.

    ReplyDelete
  5. Pilihan yang bijak. Syabas.

    AnonymousDecember 4, 2013 at 5:29 PM
    nampaknya jiwa ustaz kazim tidak kental dlm mengharungi dugaan ketika berdakwah......walaupun ustaz suruh kami ikut kekuatan jiwa rasulullah dlm menempuhi dugaan sewaktu berdakwah....mcm mana ni....????

    Reply: Rasullallah pun pernah ditawarkan macam2 tapi perjuangan Islam menjadi keutamaan. Ada juga manusia yang boleh nampak jiwa tidak kental terhadap orang lain@UKE. Belum khatam mengikuti kelas UKE kot.......????

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...