PELIK dengan perangai sesetengah manusia ini yang boleh diumpamakan 'rumah sudah siap, bunyi pahat masih kedengaran'. Akibat jenis yang tidak dapat menerima takdir yang telah ditentukan ada sahaja mulut-mulut bising umpama langau masih juga berbunyi walau telah 3 hari pertandingan berlaku.
Tahniah aku ucapkan kepada Dato' Jamal bin Md Yunos kerana walau pertama kali bertanding beliau terus diberikan kepercayaan kepada perwakilan UMNO Sungai Besar untuk menerajui UMNO bahagian ke arah mentransformasikan UMNO itu sendiri. Tidak lupa juga tahniah diucapkan kepada Datuk Ramli bin Norani yang telah berjaya mengekalkan jawatannya sebelum ini Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar serta Naib Ketua UMNO yang baru, YB Budiman bin Mohd Zohdi yang menang tanpa bertanding.
Sedikit terkilan apabila selepas kemenangan Dato' Jamal sebagai Ketua Bahagian ada juga yang mempertikaikan kemampuan beliau bagi menerajui kepimpinan bahagian. Serangan yang diterima dari luar dan dalam begitu hebat hinggakan aib orang turut didedahkan. Apa nak jadi ni?? Sepatutnya selepas pemilihan kita semua bersatu tetapi lihatlah apa yang berlaku??
Soalan aku ringkas, "Salahkah ahli perniagaan menjadi Ketua Bahagian?".
Ambil contoh, Menteri Besar Negeri Sembilan adalah ahli perniagaan berjaya sebelum menjadi ahli politik. Malah aku percaya ramai juga pemimpin politik kita yang bermula dari seorang ahli perniagaan sebelum menceburkan diri dalam bidang politik. Apa dosa seorang ahli perniagaan malah anak tempatan untuk memegang jawatan Ketua Bahagian? Kalau sudah begitu kehendak perwakilan yang mahukan perubahan apa salahnya diberi peluang kepada ahli perniagaan yang mahu menabur jasa dan bakti kepada parti setelah lama dibantu oleh kerajaan BN selama ini.
Apa salahnya seorang usahawan berjaya membalas budi dengan menawarkan diri? Ingatlah, UMNO ini bukan parti individu. Setiap ahli punyai hak untuk memilih siapa yang layak dipilih.
Harap terimalah kenyataan dengan hati yang terbuka.
Ahli perniagaan : Politik jual beli memang cekap bro..
ReplyDelete