Konco-konco ku

Wednesday, October 9, 2013

KERANA PUJI KETUA MENTERI MELAKA, KETUA PEMBANGKANG LETAK JAWATAN!!

AKIBAT dari pujian yang diberikan kepada Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron baru-baru ini, Ketua Pembangkang DUN Melaka dari DAP terpaksa meletakkan jawatannya selepas kata-kata pujian itu tidak disenangi oleh wakil rakyat DAP yang lain.

Goh Leong San, ADUN Duyong sejak dari tahun 1995 mendapat tentangan yang hebat dari 2 orang wakil rakyat DAP yang tidak selesa apabila Ketua Pembangkang mereka memberikan pujian melambung dengan mengatakan Ketua Menteri Melaka sebagai seorang yang berpengetahuan luas, banyak membaca dan bersistematik.

Kecewa dan atas desakan serta asakan yang diterima daripada barisan pembangkang yang dipimpinnya, Goh akhirnya terpaksa meletakkan jawatan serta-merta. 

Ternyata sikap chauvanis DAP memang semakin menebal dalam diri pemimpin Cina DAP ini. Sehinggakan pujian yang memang sepatutnya diterima oleh Datuk Seri Idris Haron pun dipertikaikan. 

Jadi, bukti apa lagi yang kita boleh sangkal bahawa pemimpin dalam DAP ini tidak RASIS dan CHAUVANIST???

1 comment:

  1. Itu sinetron la. Tagih simpati org melayu .depa tau org melayu mudah marah tp mudah juga simpati. Biaq p la nk lingkup ka terjun bangunan ada aku kisah.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...