BARU-baru ini kita digemparkan dengan pemberian cuti tanpa gaji kepada lebih 400,000 orang kakitangan agensi kerajaan Amerika kerana tiada bajet dalam peruntukan gaji kepada mereka. Kerajaan Amerika di bawah Obama terpaksa memberhentikan perkhidmatan kakitangan kerajaannya yang turut memberi kesan kepada ekonomi Amerika.
Puncanya adalah dari pihak Republikan yang tidak mahu meluluskan belanjawan tahunan mereka. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa sejak tahun 1976 lagi sudah 17 kali USA Government telah shutdown operasi jabatan-jabatan kerajaannya.
Pada tahun 1995 - 1996 Bill Clinton menghadapi situasi yang serupa tetapi tempoh shutdowns tanpa gaji lebih lama hingga 21 hari. Tahun 1982 juga USA menghadapi isu ini kerana pertelingkahan dalam kongres antara Republikan dan Demokrat berkaitan isu funding Nicaraguan Contras.
Jadi oleh kerana atas dasar itu jugalah perjanjian TPPA dengan negara Asia khususnya Malaysia harus dilakukan dengan lebih awal bagi mengelakkan situasi yang sama bakal berulang. Nilai mata wang Dollar Amerika semakin menyusut kerana kurangnya aktiviti jual beli dalam negara tersebut. Bagi mengekalkan indeks ekonomi negara Amerika, satu perdagangan luar perlu dilakukan agar hutang Amerika kepada Bank Dunia dapat dijelaskan sebelum negara USA bergelar muflis.
Beruntungnya Malaysia kerana sejak dari zaman pemerintahan Tun Dr. Mahathir lagi Malaysia tiada hubungan dagang yang terus kepada Amerika Syarikat. Nampaknya Tun Dr. Mahathir sudah boleh menghidu pergerakan ekonomi Amerika yang dilihat semakin susut sejak puluhan tahun dahulu.
Perjanjian TPPA dilihat seperti Amerika mahu menggunakan aset dari negara lain untuk melabur. Mendapatkan keuntungan dari negara Asia khususnya yang dibutakan dengan perjanjian 'win-win situation'. Namun pada dasarnya hakikatnya, negara yang mana Amerika bakal melabur tidak akan mendapat apa-apa kerana Amerika sedang menghadapi zaman hitam dalam ekonomi dunia.
Selepas ini tidak mustahil jika kuasa besar dalam ekonomi dunia bakal bertukar tangan jika masalah pembayaran gaji kepada kakitangan awam Amerika tidak dapat diselesaikan dengan secepat mungkin. Bersyukur kita masih punyai seorang pemimpin yang dapat melihat jauh melangkaui zaman.
Terkini : Obama tangguh lawatan ke Malaysia
2 Okt - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menangguhkan lawatannya ke Malaysia berikutan krisis penutupan operasi pentadbiran di negara itu.
Baguslah bia mampus amerika tu..najib ngok n the gang pun lahanat jg jual negara aje keja nya.
ReplyDeletetun M jg hero selamanya.
Hikmah tersembunyi obama tidak jadi datang ke msia syukurr
ReplyDeleteSemua orang sudah tahu ketenatan dan kemuflisan ekonomi Amerika.FEDReserve cetak wang Amerika sudah macam wang pisang jepun.dah tak laku akibat dari sistem berkiblatkan kapitalis.Sudah tentu negara kita tidak mahu terjebak atau diheret dalam kes TPPA.Statement Najib di Bali menunjukkan kita tidak tunduk pada sesiapa dalam perdagangan.Kita berada dilandasan yang betul,yang menariknya Dr. M dari dulu menasihatkan penggunaan dinar emas bagi menggantikan Dollar Amerika dalam perdagangan bebas...
ReplyDelete