Konco-konco ku

Tuesday, October 8, 2013

KOLAM KUMBAHAN JADI TEMPAT PEMBIAKAN SPESIS BIAWAK - YB BUDIMAN ZOHDI

DALAM era mencapai globalisasi dan menuju negara maju 2020, rakyat Malaysia masih lagi berada dalam tahap yang boleh dikira tidak terurus. Kolam kumbahan yang sepatutnya diuruskan oleh Indah Water Konsortium kini sudah menjadi kolam dipenuhi lalang dan tambah memeranjatkan menjadi habitat kekal biawak serta binatang berbisa lain jika tidak diuruskan dengan segera.

Kolam kumbahan di Taman Perdana Sungai Besar dikatakan telah bertahun dibiarkan begitu sahaja sehinggakan lalang dan segala rumput rampai memenuhi segenap ruang kolam takungan tersebut. Jika dahulu kawasan ini boleh dijadikan kawasan riadah dengan pelbagai aktiviti boleh dilakukan namun semua itu hanya tinggal dalam lipatan sejarah.

YB Budiman Zohdi, ADUN Sungai Panjang sempat melawat kawasan terbabit selepas mendapat aduan dari wakil penduduk Taman Perdana, Wak Jamali. Aduan juga dikatakan telah dibuat sejak beberapa tahun lepas sama ada kepada Majlis Daerah Sabak Bernam mahupun Pengurusan IWK namun sehingga kini tiada tindakan lanjut.

YB Budiman yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar ini akan berjumpa dengan pihak pengurusan IWK bagi menyelesaikan masalah ini supaya tiada insiden yang tidak diingini berlaku. Majlis Daerah Sabak Bernam juga telah dimaklumkan tentang perkara ini.

2 comments:

  1. Nama syarikat : PUNCAK IDIA BERSATU SDN. BHD.
    Dapat geran RM10juta dari kementerian Sumber Manusia 8 bulan lepas, geran untuk bagi training. Masa tu Datuk Maznah adalah Timbalan Menteri Kem. Sumber Manusia.Anak lelaki beliau ada share dalam puncak Idia Bersatu. Sekarang semua bergaduh pasal share. Bapa dia cuba masuk campur supaya anak dia dapat majority share instead of 5%. Cerita ini dah keluar kat:

    http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/09/anak-calon-pemilihan-umno-cuba-nak-tipu.html (Refer kat bawah)

    ANAK CALON PEMILIHAN UMNO CUBA NAK TIPU RAKAN PERNIAGAAN
    Apa la nak jadi ni, mak awak tu nak bertanding dalam pemilihan UMNO Malaysia nanti, cuba la jangan buat perangai, tunjukkan kebaikan sebagai anak seorang pemimpin dimata orang ramai.

    Sangkakala tak mau la sebut anak siapa dalam blog ni sebab takut nanti akan mengganggu proses ibunya yang bertanding dalam sayap wanita UMNO Malaysia tapi Sangkakala akan terangkan serba sedikitlah bagaimana anak kepada calon ni cuba nak menipu rakan perniagaannya.

    Sangkakala dengar anak kepada calon ni, mempunyai 2 lagi rakan perniagaan dan salah seorangnya pula merupakan calon EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Sangkakala juga tak mahu nak sebut siapa tapi calon EXCO Pemuda ni dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

    Sorang lagi rakan kongsi dalam perniagaan yang dijalankan ialah Presiden kepada sebuah persatuan yang agak berpengaruh di Malaysia dan dari maklumat yang Sangkakala terima, Presiden persatuan ini telah mengeluarkan segala perbelanjaan bagi perniagaan tersebut.

    Pada awalnya, perniagaan yang berasaskan pendidikan ini dikatakan akan mendapat geran dari kerajaan untuk menjalankan operasi syarikat setelah mendapat kelulusan tetapi ianya tidak berlaku sepertimana yang diharapkan, dan rakan kongsi yang memegang jawatan Presiden persatuan telah menangung segala kos operasi termasuklah sewa pajabat walaupun pada asal perjanjian, ianya akan ditanggung bersama.

    Hinggalah mereka bertiga setuju untuk mencari pelabur bagi menjalankan syarikat tersebut dan sebelum mendapat pelabur, ketiga tiga mereka ini kononnya telah berbincang dan bersetuju untuk mengenakan syarat kepada pelabur dan setelah kata sepakat dicapai maka bermula lah tugas rakan kongsi mereka yang memegang syer terbesar yang memgang jawatan Presiden persatuan untuk mencari pelabur, dan setelah menemui orang yang berminat satu pertemuan diadakan dan pelabur bersetuju untuk membuat pelaburan sebanyak 1 juta ringgit tetapi dengan syarat.

    Pelabur akan memegang syer sebanyak 50 peratus, anak kepada calon dan calon EXCO Pemuda tadi masing masing 5 peratus dan presiden persatuan tadi sebanyak 40 peratus dan mereka yang memegang syer 5 peratus tadi akan diberikan wang tunai sebanyak 100 ribu seorang dan keuntungan perniagaan setiap tahun mengikut nilai syer.

    Pada mulanya kedua dua pemegang syer 5 peratus tadi bersetuju namun begitu, mereka telah membuat perancangan untuk mengeluarkan pemegang syer 40 peratus tadi dari pentadbiran sebelum pelabur masuk ke dalam syarikat, kerana sebelum pelabur melabur dalam syarikat tersebut, kedua dua mereka masing masing memegang syer sebanyak 30 peratus seorang.

    Itu lah sikap manusia yang akan melupakan jasa, cuba pula nak menipu seorang rakan kongsi yang telah bekerjasama serta mengeluarkan perbelanjaan dalam menjalankan operasi syarikat dari mula hingga kini tiba tiba bila dah nampak duit, senang senang nak buat macam tu.

    Ingat la sikit jasa orang, jangan cuba nak membohong sana sini sebab awak tu anak pemimpin, tak banyak sikit akan kena tempiasnya juga kepada mak awak tu, dan kepada calon exco tersebut, jangan belum memegang jawatan sebagai exco dah mula nak tipu orang sebab takut nanti tak selamat hidup.

    ReplyDelete
  2. Azeez Rahim lebih pentingkan politik dari kebajikan?? Sepatutnya Pengerusi Tabung Haji pergi haji, Ini dalam sejarah pertama kali Pengerusi Tabung Haji tak pergi haji. Sibuk dengan pemilihan MT dan bahagian. Apa gila Pengerusi Tabung Haji tak pergi haji????

    http://no2azeezrahim.blogspot.com/2013/09/azeez-rahim-tak-layak-jadi-pengerusi_17.html

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...