Konco-konco ku

Sunday, October 27, 2013

FITNAH TERDESAK PAS DUN SUNGAI LIMAU!! AYAH KHIR BAHAROM TERKILAN SIKAP CALON PAS!!

PAS dan fitnah memang tidak dapat dipisahkan lagi. Selepas menipu mengatakan calon PAS DUN Sungai Limau punyai pertalian darah dengan arwah Ustaz Azizan, kali ini nampaknya lebih dahsyat lagi apabila terpaksa menggunakan helah dengan menjadi bapa kepada Menteri di JPM, DS Jamil Khir Baharom sebagai mangsa terbaru bagi meraih sokongan.

Selak punya selak setiap blog dan catatan rakan-rakan blogger di Sungai Limau, maka terjumpalah laporan penuh tentang penipuan yang dicanang oleh Harakah. Portal Terengganu Today telah pun menemui Baharom Ramli, 77 sendiri di kediamannya di Kampung Sedaka dan telah mewawancara sendiri apa sebenarnya yang terjadi.

Yang pasti, bapa kepada DS Jamil Khir Baharom TIDAK PERNAH mendoakan supaya calon PAS itu menang.

YAN 26 Oktober 2013 – Baharom Ramli, ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri  Jamil Khir kesal  dan kecewa dengan tindakan Pesuruhjaya PAS Kedah, Mahfuz Omar dan Calon PAS, Azam Samad ke rumahnya kelmarin telah dijadikan ‘bahan kempen’ untuk Pilihan Raya Kecil DUN Sungai Limau.

Baharom atau lebih dikenali sebagai Pak Ngah yang ditemui Terengganu Today dirumahnya di Ulu Sedaka hari ini, melahirkan rasa terkilan dengan tindakan pemimpin PAS yang menjadikan kunjungan itu sebagai modal politik yang boleh menimbulkan persepsi buruk dan fitnah terhadap anaknya.

Walaupun Pak Ngah masih lagi ahli PAS, soal fahaman dan pendirian politik tidak semestinya diseret bersama dalam hal ehwal keluarga.

Sambil menyifatkan anaknya, Jamil Khir sebagai seorang yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga dan masyarakat, Pak Ngah dengan tegas berkata, tidak ada pergeseran berlaku antara mereka biarpun berbeza fahaman politik.

“Jamil sendiri tak penah sembang pasal politik dengan Pak Ngah, Jamil baik dan bertanggungjawab, orang dia memang bagus,” ujarnya yang mengidap penyakit strok sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Baharom yang berusia 77 tahun memberitahu, calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim juga turut melawat beliau pada hari yang sama, tetapi tidaklah pula dihebahkan di mana-mana.

Berkait soal itu, MB Kedah, Dato’ Paduka Mukhriz Mahathir sebelum itu turut membidas serta mempersoalkan keikhlasan Mahfuz dan Azam yang mengunjungi Baharom.

Lidah rasmi PAS, Harakah melaporkan, Mahfuz memberitahu, Baharom telah mendoakan agar PAS terus menang di DUN Sungai Limau.

Kejujuran PAS dalam perkara ini terus dipertikaikan, apatah lagi adat menziarahi orang sakit di mana doa yang sepatutnya dibacakan adalah demi kesihatan dan kesejahteraan pesakit.

Pak Ngah apabila ditanya mengenai calon PAS memberitahu, calon yang diletakkan masih muda dan masih banyak yang perlu dipelajari.  Katanya lagi, calon berkenaan adalah pilihan ‘orang atasan’ dan bukan pilihan masyarakat setempat.

Apabila ditanya adakah kemenangan bakal berpihak kepada PAS, beliau sekadar menjawab bahawa beliau kurang yakin dan sebenarnya tidak ambil kisah.

Ini kerana bagi Pak Ngah, mana-mana pemimpin baik dari PAS atau BN di daerah berkenaan telah menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada mereka dengan baik tanpa mengambil kira fahaman politik yang berbeza.

“Pak Ngah memang orang PAS… Tapi undi kita tu rahsia, Pak Ngah jadi orang PAS pun bukan makna Pak Ngah tak boleh nak undi BN”, ujarnya berseloroh kepada Terengganu Today.

Adat melawat orang sakit, penulis, jurukamera serta dua rakan wartawan sempat mendoakan bersama-sama untuk kesihatan dan kesejahteraan Pak Ngah semoga beliau pulih dari penyakit angin ahmar yang dihidapinya. - Terengganu Today -

3 comments:

  1. Assalam. Mohon agar blog ini http://toramalaya.blogspot.com/ di linkkan dengan blog Tuan yang hebat. Terima kasih.
    Tora Malaya..

    ReplyDelete
  2. Pengundi2 Sungai Limau terutamanya ahli2 PAS, anda tak perlu keluar parti dan jadi ahli UMNO, Apa yang perlu anda lakukan ialah mengundi calon BN kerana undi anda akan menentukan pembangunan material, pendidikan akademik dan agama dapat dilaksanakan. Calon BN adalah anak trmpatan dan pernah mengajar di sekolah pondok di Sungai Limau. Pedulikan kepada keahlian anda dalam parti PAS. Undi anda amat bernilai kepada keseluruhan penduduk Sungai Limau. Fikirlah bahawa kerajaan negeri sekarang diterajui oleh BN, ini bermakna hanya BN sahaja yang mempunyai peruntukan membangunkan Sungai Limau. Paska pemerintahan PAS sudah berlalu. Oleh itu anda semua patut BERANI HIJRAH!!!!

    ReplyDelete
  3. Yup. Berlapang dada dan hormati pendirian ideologi masing-masing. Contoh terbaik bg ahli PAS dan UMNO.

    Benda ni yg perlu seorg bekas selebriti tanah air pelajari dan fahami. Sewenang-wenangny mengeluarkn tweet yg dibaca semua rakyat Malaysia ttg perbezaan ideologiny dan ideologi bapanya. Memburukkn nama sendiri dan bapanya. Tidak faham langsung erti berlapang dada.

    ReplyDelete

comment please.....