Konco-konco ku

Wednesday, October 30, 2013

SADIS!! PELAJAR TINGKATAN TIGA LEMAS DI TANJONG KARANG!!

Tanjung Karang, 30/10/2013 – Seorang murid tingkatan 3 mati lemas ketika mandi di Sungai Ban Canal Sri Gambut, berhampiran dengan Homestay Sungai Sireh petang semalam.

Mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Harun, Tanjung Karang difahamkan bersama dengan 4 orang lagi rakan telah mandi di sungai tersebut. Mangsa dipercayai lemas dan gagal diselamatkan oleh rakan-rakan lain.

Operasi mencari mangsa telah dilakukan oleh pihak Bomba sejak petang semalam sehingga lewat malam tadi namun masih lagi gagal untuk menemui mangsa.

MejaBulat.Com difahamkan, 2 orang penyelam dari balai Shah Alam telah dipanggil untuk menyertai operasi mencari ini.

Operasi telah ditamatkan pada jam 11 malam tadi, dan akan disambung pagi ini. -MejaBulat.Com

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...