Konco-konco ku

Friday, July 5, 2013

CUKUPLAH!! JANGAN PERTIKAIKAN LAGI KESETIAAN SAHLAN PADA NAJIB!!

TAHNIAH PM Najib atas perlantikan Shahlan Nasution sebagai Pengarah Strategik Jabatan Perdana Menteri dan tahniah juag diatas sebarang keputusan yang PM Najib lakukan yang mungkin bagi PM Najib segalanya betul dan benar belaka dengan langsung tidak mengambil peduli dengan segala kritikan,pandangan dan lebih memilih pandangan serta nasihat daripada Penasihat-Penasihat beliau yang selama ini mengelilingi belau hingga beliau berjaya memperolehi 133 kerusi dalam PRU13 lalu.

Kita diluar ini harus menerima dengan berlapang dada bahawa jelaslah tidak ada kuasa atau apa sahaja yang boleh memisahkan PM Najib dengan rakan-rakan beliau kecuali mati dan PM Najib membuktikan bahawa beliau mendokong semangat setiakawan yang cukup tebal walaupun diluar sini sudah mula bercerita segala keputusan yang PM Najib lakukan tidak mencermin kehendak akar umbi ataupun dengan kata mudah slogan `dengar denyut nadi rakyat; hanyalah retorik semata-mata. Baca lagi di SINI.

5 comments:

  1. Kita semua harus faham perangai Ah Jib Gor,sentiasa membalas budi itu sebabnya Isa Felda masih ada dan Tengku celup boleh jadi Menteri WP.Sahlan ni misti dah berjasa besar pada dia.Yg tak perlu dia balas ialah jasa-jasa mereka yg bertungukus lumus menentang PR seperti Hassan Ali,Ibrahim Ali,Ezam & geng,dll,sebab mereka hanya berjasa pada Umno/BN bukan pada Ah Jib.

    ReplyDelete
  2. Dan kita semua sudah tentu akan balas baik KESEMUA JASA JASA BAIK PM NAJIB diPRU akan datang....insyaALLAH.....

    Aku dah cakap dah, dan ramai kawan kawan aku pun tahu yang PM Najib ni, "pekak, buta dan tuli". JAdi tidak guna kita bersuara, suara rakyat tiada nilai apa apa bagi PM NAJIB....sekarang ni PM Najib tengah berGUMBIRA dengan kemenangan hasil dari nasihat dari penasihat beliau yang terpelajar....

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bapaknya masih hidup dah lama najib ni kena penamporrr....apalah punya bebal....dia tahu ke terlalu ramai yg bersikap gunting dlm lipatan di dalam pentadbiran nya ni ??....tu pasal tak berapa nak menang dlm PRU ari tu...nasib baik Sabah & Sarawak back up....

      Delete
  3. Jasa pengundi mcm mana pulak.Kemenangan umno dlm peningkatan jumlah kerusi telah meraikan sekelompak kecil mereka.Dalam soal menghargai seseorang dgn melanggar prinsip,itu perkara yg tidak betul.Di era Pak lah,ada satu kes, senator yg di lantik hendak bertanding di prk,Pak Lah bgi tahu kat dia, kalau kalah beliau jgn mintak lantikan semula jawatan senator.Nasib tidak menyebelahi beliau dan beliau kalah.Apa bezanya dgn kes kawan rapat PM.Macam kes KJ,kalau dah tahu dia buas sgt bg jer Timbalan Menteri buat apa bg Menteri penuh,kalaulah betul dia nak belajar dr bawah .Serupa juga lantik baru LUTH,kalau dari golongan teknokrat menjaga entiti perniagaan yg besar,tidak ada masalah.Tambah pula pendeposit TH dari org islam mencecah RM37 billion.Cuma kita harap ada peningkatan dlm pengurusan dan keuntungan yg meningkat kepada pencarum.Kalau umat islam nak pengurusan TH dgn konsep ekonomi islam yg sejagat,beliau ada kepakaran,pengalaman,kelayakan utk membuat demikian.

    ReplyDelete
  4. Timie (Dato Fatmi) macam mana.? Tidakkah beliau juga SetPol yg disayangi oleh Najib..!Di mana kedudukan beliau sekarang.? Apakah najib berasa selesa dengan SetPol baru yg dilantik. Apakah kedudukan Najib bertambah kuat jika tidak mengambil kembali Setpol yg dah sekian lama berkhidmat dengan beliau. Pada pandangan saya, Najib amat memerlukan Setpol yg tahan diuji dari segala aspek bagi memastikan kejayaan beliau memimpin negara dan parti UMNO. Jika semuanya ditukar dibimbangi ada Setpol beliau nanti akan menjadi gunting dalam lipatan dan api dalam sekam. Anwar Ibrahim sentiasa mengintai peluang dari pelbagai sudut untuk memusnahkan Najib dari dalam. Anwar sanggup lakukan apa saja demi ingin memusnahkan politik Najib...Fikir-fikirkan lah..

    ReplyDelete

comment please.....