Konco-konco ku

Monday, November 11, 2013

DIBUNUH KERANA KEBENARAN!! SYIAH, AJARAN SESAT ATAU KONGSI GELAP JADI SUSPEK UTAMA!!

Ramai yang terkejut dengan pembunuhan Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffli Abdul Malik yang dilaporkan maut ditembak oleh seorang lelaki semalam. Kejadian berlaku pukul 1.55 petang itu menyebabkan mangsa yang berumur 49 tahun mati di tempat kejadian akibat terkena dua das tembakan di bahagian dada.

Paling memeranjatkan ialah, ada yang mengatakan pembunuhan Allahyarham Ahmad Raffli sebagai satu usaha untuk menakut-nakutkan penguatkuasa JAIP yang sebelum ini dilihat begitu aktif cuba membanteras perkembangan ajaran sesat Syiah di negeri itu.

Menurut sumber polis, tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian tersebut dan dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa. Suspek juga dipercayai memakai pakaian jubah berwarna hitam dan berkopiah.

Analisa awal mengatakan berdasarkan warna pakaian yang digunakan, ada asas untuk mengaitkan pembunuhan tersebut dengan ajaran sesat Syiah yang dilihat semakin berkembang di negara ini. Malah usaha proaktif yang dijalankan mangsa terhadap ajaran sesat Syiah, juga dikatakan sebagai punca utama menyebabkan kemarahan pengikut fahaman tersebut yang akhirnya menyebabkan mereka cuba mengambil pendekatan mudah dengan membunuhnya.

Ini kerana pengikut ajaran sesat Syiah dikatakan amat menyukai warna hitam berbanding warna-warna lain, kerana ramai di kalangan ulama besar ajaran sesat itu sering menjadikan warna hitam sebagai warna rasmi mereka. Malah terdapat beberapa kes, di mana pengikut ajaran sesat itu yang meninggal dunia dikatakan turut dikapankan dengan kain yang berwarna hitam yang dibeli dari Iran.

Seterusnya ketika PRK Sungai Limau baru-baru ini, banyak kelihatan bendera Pas yang dikontraskan dengan latar belakang berwarna hitam. Sedangkan kebiasaannya Pas hanya menggunakan warna hijau-putih sebagai bendera rasmi mereka. Bagi mendapatkan kepastian beberapa orang penduduk tempatan yang ditemui mengatakan bendera yang berwarna hitam-putih itu telah dipasang oleh penyokong Pas yang berfahaman Syiah.

Paling menarik, Harakahdaily yang merupakan media rasmi Pas ketika melaporkan pembunuhan ini turut menyatakan Allahyarham Ahmad Raffli dikatakan begitu giat menggeledah tempat-tempat ajaran sesat dan Syiah seluruh negeri Pahang. Seolah-olah bersetuju dengan andaian ia mungkin berpunca dari pengikut Syiah. Tidak cukup dengan itu, ruangan komen yang dikirim pembaca di dalam portal tersebut turut merasakan Syiah mungkin dalang di sebalik pembunuhan ini.

JAIP sebelum ini dilaporkan telah menahan seorang imam 64 tahun yang dipercayai pengikut ajaran sesat Syiah di kuarters kakitangan Ladang RISDA Pekoti Timur, Muadzam Shah. Hasil maklumat awam, serbuan yang dijalankan berjaya merampas beberapa buah buku berkaitan Syiah selain tasbih daripada tanah Karbala, sebungkus tanah Karbala, tiga biji batu turba dan sehelai kain kapan yang digunakan penganut ajaran itu.

Di dalam serbuan tersebut, JAIP turut...baca lagi di SINI

3 comments:

  1. Kita tak perlu membuat spekulasi,aku yakin PDRM cawangan khas akan dapat menangani kes ini..insyaallah

    ReplyDelete
  2. Bila melihat berita dikaca tv semalam,hati saya pun terdetik demikain.Diharap pihak berkuasa ugama terus istiqomah melaksanakn tanggung jawab,bagi membenteras kesesatan.Jika kerana itu musibah menimpa,ianya satu perjuangan yg hanya Allah akan memberi ganjaran.Semuga roh Ahmad Rafli di cucuri rahmat,al Fatihah.

    ReplyDelete
  3. Teringat pula kepada Saddam Hussain,seorang pemimpin Sunni yg bersikap keras terhadap pengikut Siah.Nampaknya beliau di pihak yg benar,dan beliau telah menjadi mangsa konspirasi Barat bersama Syaih barangkali.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...