Konco-konco ku

Wednesday, November 20, 2013

LAGI RM150 JUTA DIPERUNTUKKAN BINA JAMBATAN KETIGA KLANG!! #BELANJAWAN2014

PADA hujung bulan Disember 2012 yang lepas, kerajaan negeri diketuai oleh Khalid Ibrahim telah mengumumkan kepada semua tentang pembinaan jambatan ketiga Klang yang bakal dibina bermula bulan Februari 2013. Namun sehingga kini projek tersebut masih belum berjalan.

Pada tahun lepas juga Khalid telah mengumumkan akan menggunakan RM300 juta daripada rizab berjumlah RM2.57 billion bagi melaksanakan projek mega tersebut yang akan mengurangkan kesesakan lalulintas terutama di Bandar Klang. Tetapi mengikut belanjawan 2014 yang telah dibentangkan oleh Khalid sendiri semalam, peruntukan bagi pembinaan jambatan Klang ini diberikan sebanyak RM150 juta.

Dulu kata RM300 juta. Sekarang RM150 juta pulak. Maknanya Khalid nak makan RM150 juta lagi ke?

Janji memang senang nak terungkap tapi nak buatnya bila? Kata mula jalan projek bulan Februari 2013, lepas tu kata selepas dua bulan keluar tender bermakna bulan April 2013, sekarang apa lagi janji Khalid. Bilakah tarikh sebenar nak mula projek buat jambatan?

1 comment:

  1. februari 2013 pecah tanah daaaa..aiyoooo...bina jambatan ni janji sape yer?..hahaha

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...