Konco-konco ku

Thursday, November 21, 2013

TERKINI!! MENTERI KESIHATAN TERLIBAT KEMALANGAN DI ALOR GAJAH, MELAKA!!

ALOR GAJAH: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, cedera selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer 220.7 Lebuhraya Utara Selatan arah Selatan malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 8 malam ketika beliau yang menaiki Proton Perdana sedang dalam perjalanan dari Putrajaya menuju Ayer Keroh untuk menghadiri mesyuarat MIC Melaka. 

Beliau yang dihantar ke Hospital Alor Gajah sejurus kejadian dikatakan cedera di tengkuk akibat terhentak. 

Keadaannya dilaporkan stabil sehingga lewat malam tadi.


Bagaimanapun pengawal peribadi beliau Zulkifli Abd Wahab parah dan sedang menerima rawatan lanjut di hospital sama.


Pemandu kereta yang hanya dikenali Anuar cedera ringan dan turut mendapat rawatan di hospital sama 

Siasatan awal polis mendapati kereta yang dinaiki Subramaniam terbabas selepas dipercayai hilang kawalan sejurus tiba di tempat kejadian. 

Kereta berkenaan didapati berhenti di tengah lorong lebuh raya berkenaan.

3 comments:

  1. Semoga YB Menteri cepat sembuh dan dapat kembali bertugas. Juga buat dua pengawalnya semoga disembuhkan Allah. Musibah tidak diduga. besabarlah.

    ReplyDelete
  2. Keter tu agaknya dah duabelas tahun...?

    ReplyDelete
  3. Berdasarkan kajian oleh pakar ,kerita tersebut mestinya sudah berumur lebih 12 tahun.sSalan anom 2.03 dengan sendirinya terjawab !!!

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...