Konco-konco ku

Monday, November 18, 2013

GEMPAR!! TAKUT RAHSIA TERBONGKAR, ADUN DAP PUJUT DIPECAT!!!

DAP hari ini memecat anggota Dewan Undangan Negeri Pujut di Sarawak iaitu Fong Pau Teck, demikian diumumkan oleh timbalan pengerusi DAP Tan Kok Wai. 

Tan yang juga pengerusi jawatankuasa disiplin parti berkata dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, keputusan itu dibuat berdasarkan kepada tindakan Fong yang banyak kali mengingkari arahan parti, dengan itu beliau telah melanggar disiplin parti. 

"Kegagalan Fong untuk membayar sumbangan bulanan yang mandatori kepada parti dan juga kegagalan menyelesaikan tunggakan hasil kenaikan dalam elaun bagi anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak, merupakan satu tindakan membelakangkan arahan parti," katanya. 

Dengan itu, Tan berkata jawatankuasa itu mendapati bahawa Fong adalah contoh tidak baik bagi parti, dan tidak boleh dimaafkan dan dengan itu jawatankuasa disiplin telah membuat keputusan sebulat suara untuk memecat beliau daripada parti 

1 comment:

  1. Yg heran nyer, org2 melayu yg beriya-iya bebeno nak menyokong parti rasis ni...

    ReplyDelete

comment please.....