Konco-konco ku

Monday, November 18, 2013

MUKTAMAR PAS: DEWAN PEMUDA & MUSLIMAT DESAK KARPAL MINTA MAAF!!

MENJELANG Muktamar PAS yang akan berlangsung tidak lama lagi memperlihatkan beberapa drama yang bakal berlaku semasa persidangan yang akan dijalankan di Selangor selaku tuan rumah pada kali ini. Kritikan dan desakan dari beberapa sayap dalam PAS menunjukkan yang mereka semua telah muak dengan tekanan yang diberikan oleh Karpal untuk meranapkan lagi sokongan orang Melayu dan Islam kepada parti Islam dalam pakatan itu.

Baru-baru ini, dalam kenyataan Karpal semasa sidang akhbar yang dibuat mengatakan PAS juga seharusnya dibatalkan pendaftarannya oleh ROS kerana mahu dijadikan contoh supaya parti atau pertubuhan yang berasaskan satu kaum dan agama tidak dibenarkan di Malaysia.

Ini memperlihatkan betapa rasisnya Karpal yang juga Pengerusi DAP Kebangsaan terhadap parti Islam yang Melayu itu. Tetapi sayang, masih ramai lagi yang tidak sedar tentang permainan yang dicaturkan oleh DAP itu. DAP sebagai parti dominan dalam pakatan memang punyai hak untuk mengarahkan itu dan ini malah PAS yang berpakat dalam gabungan mereka juga perlu akur dengan suara majoriti dalam pakatan.

Dengan kekuatan suara bukan Melayu/Islam dalam pakatan seramai 48 kerusi parlimen berbanding Ahli Parlimen Melayu/Islam seramai 41 kerusi, kita dapat membaca analisis bahawa suara orang Melayu/Islam dalam pakatan memang tidak akan didengari.

Ini kenyataan yang perlu mereka (PAS) perlu telan. Sememangnya suara Melayu/Islam di dalam pakatan dibisukan kerana kekuatan suara majoriti bukan Islam/Melayu. Oleh sebab itu jugalah Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad lebih selesa membina lebih banyak kuil bagi menarik sokongan orang India berbanding sokongan Melayu yang totally sudah ramai yang menyokong UMNO/BN.

Dalam kenyataan akhbar yang dibuat oleh Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat PAS, mereka mendesak supaya Karpal Singh menarik balik kenyataan beliau dan meminta maaf kepada PAS. Namun sehingga sekarang belum lagi kedengaran beliau meminta maaf, malah terus memutarbelitkan kenyataan dengan sokongan dari pemimpin PAS sendiri.

Sampai bila PAS mahu bertuankan DAP??!

2 comments:

  1. Ha ha ha kelakarnyeeer

    Ibarat Anjing Suruhan menyuruh Tuannya meminta maaaf.... mahu ke tuan dia layan ...makan pun bersuap...mhuah ha ha ha..

    ReplyDelete
  2. Masing masing berlakon aje.Benggali tu saja nak tenguk reaksi orang Melayu.Dewan pemuda dan muslimat PAS pula konon2nya membantah.last2 senyap aje.

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...