Konco-konco ku

Tuesday, November 26, 2013

AHLI PARLIMEN DAP DAN PKR BERBALAH ISU 'KUCING KURAP'!!!

Sebelum isu PAS dan kerajaan Pulau Pinang tercetus, dua Ahli Parlimen dari DAP dan PKR telah terbabit dalam perbalahan terbuka.

Khamis lalu, Ahli Parlimen Nibong Tebal dari PKR, Datuk Mansor Othman menegur Ahli Parlimen DAP Jelutong, Jeff Ooi kerana menggelar pegawai berpangkat rendah Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sebagai ‘kucing kurap’ dan tidak berilmu.

Gelaran itu juga ditujukan kepada Presiden MPPP, Datuk Patahiyah Ismail yang diminta oleh Ooi supaya meletakkan jawatan jika gagal melaksanakan tugas sebagaimana presiden majlis yang lalu.

Mansor, yang juga Pengerusi PKR negeri, meminta Ooi menarik balik tegurannya yang “keji” itu dan memohon maaf, dengan menyatakan ungkapan yang digunakan bertentangan dengan semangat Pakatan Rakyat.

"Jika beliau mahu menegur penjawat awam, beliau patut menggunakan saluran yang betul. Campur tangan seperti itu tidak menggambarkan sifat profesional sebagai seorang Ahli Parlimen,” Mansor dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.

Beliau juga berkata, komen Ooi itu “sangat tidak wajar dan tidak patut” kerana ia merujuk kepada seseorang sebagai “keji”.

Bagaimanapun, Ooi dilaporkan tetap dengan pendiriannya, dengan menemplak Mansor: “Kita sudah hampir melupainya di Pulau Pinang. Dia ke tokong di sini? Jangan cuba menjadi tokong.

“Apa haknya untuk bercakap sedangkan dia masih belum bertanggungjawab terhadap kekalahan di Balik Pulau pada pilihan raya 5 Mei? Disebabkan kekalahan kita di Balik Pulau, kita berada 30km jauh dari Putrajaya.

Mansor terbabit dalam kontroversi pada Ogos tahun lalu apabila minit mesyuarat PKR yang bocor mendedahkan beliau melabel Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai ‘tokong’.

Bagaimanapun, Mansor menjawab bahawa kenyataannya telah dipetik di luar konteks dan beliau bermaksud memuji Lim.

Pada 5 Mei pula, PKR kehilangan kerusi Balik Pulau kepada calon BN, Datuk Seri Dr Hilmy Yahya, selepas menggantikan penyandang jawatan, Yusmadi Yusoff dengan Muhammad Baktiar Wan Chik.

Pada 24 September, Lim menyalahkan PKR di atas kekalahan kerusi Parlimen berkenaan dengan menyatakan parti itu memilih calon yang tidak sesuai.

Ooi turut meminta Mansor supaya jangan cuba mengambil kesempatan dengan mempertahan Fahatiyah, dan jangan mencampuri urusan kawasan Parlimennya.

Beliau mendakwa para pelabur mengancam akan menarik keluar projek bernilai berbilion ringgit dari Pulau Pinang disebabkan MPPP tidak efektif.

Ooi juga mengadu majlis itu menghantar pegawai berpangkat rendah yang tidak mempunyai pengetahuan untuk menyelesaikan masalah dan berurusan dengan beliau sebagai Ahli Parlimen.

1 comment:

  1. JANGAN LUPA .....
    ANJING KURAP PUN ADA,
    BABI KURAP PUN ADA.
    YANG TUDUH ANJING KURAP TU BABI KURAP...LEPAS TU DIA MAKAN, KURAPLAH DIA.........MULUT DIA PUN KURAP !

    ReplyDelete

comment please.....