Konco-konco ku

Tuesday, November 12, 2013

NAIB PRESIDEN PAS, MAHFUZ OMAR SOKONG KALIMAH ALLAH DI GUNAKAN OLEH KRISTIAN!!

TAK sangka, ingatkan kes berkenaan kalimah Allah ini dah selesai dan tutup buku, namun segalanya hanyalah angan-angan apabila pihak kristian dari kalangan pemimpin pakatan haram masih terus-terusan membawa isu ini kemana sahaja waima dalam Dewan Rakyat sekalipun.

Di dalam Dewan Rakyat sebentar tadi, Mahfuz Omar, Naib Presiden PAS yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena bangkit membawa isu ini dengan menyatakan pendirian bahawa agama kristian boleh menggunakan kalimah Allah. Walaupun satu dunia telah tahu mengikut dari keputusan mahkamah yang dibuat bahawa kalimah Allah adalah hak umat Islam, namun Mahfuz seolah cuba meraih sokongan dalam Muktamar PAS tidak lama lagi dengan membawa isu ini.

Apabila ada orang Melayu Islam yang turut menyokong dan mempertahankan kalimah Allah digunakan oleh kristian, sudah tentulah ada pemimpin Cina yang bertepuk tangan. Kita dapat lihat bukti Ahli Parlimen Kulai yang juga Penolong Setiausaha Publisiti DAP melalui akaun twitternya BERTEPUK TANGAN dengan tindakan bodoh seorang Melayu bernama Mahfuz.

Kasihan lihat Melayu yang berada dalam PAS hanya terpaksa menjadi pak sanggup dan pak turut dalam segala tindakan yang boleh merugikan parti mereka namun menguntungkan parti DAP.

Lihatlah.

4 comments:

  1. MAHFUZ ADA KELULUSAN UGAMA KAH ?
    APAKAH BELIAU JUGA LAYAK DI PANGGIL ULAMAK KERANA ANGGOTAI PAS.
    KALAU GINI PORAK PERANDA LAHISLAM, JADI MAINAN.....

    ReplyDelete
  2. Pelik juga ye, rupa-rupanya masih ramai org Melayu Islam macam si Mahfuz ni yg masih terkeliru,tidak heran lah kalau org bukan Islam akan jadi tidak faham-faham. Bolih ajak masuk “syurga” DAP lagi.

    Apa yang Mahfuz mungkin tak tahu sebenarnya semua penganut Keristian percaya bahawa TUHAN yg disebut didalam kitab Holy Bible King James version mereka itu ada ANAK. Mahfuz bolih rujuk perkara ini dgn mana-mana org Keristian yg Mahfuz kenal. Tetapi Mahfuz kalau tak percaya cuba la rujuk perkara ini dgn kawan-kawan dia gereja Keristian di dalam atau luar negara. Utk nama TUHAN Kitab Holy Bible mereka hanya menyebut FATHER atau LORD atau GOD sahaja, tetapi ini semua adalah ganti nama dan bukan nya nama-nama Tuhan.

    Apabila pihak gereja Katolik Malaysia dan media Keristian Malaysia menuntut utk menggunakan kalimah Allah utk menggantikan perkataan FATHER atau LORD atau GOD sefaham kita maka Allah kini sudah ada anak la pulak. Secara warasnya pembaca Muslim bolih bersetuju ke bahawa Allah ada ANAK? Mahfuz ni kalau masih mengaku Muslim MAHU bersetuju ke dgn kehendak pihak gereja utk menggunakan kalimah itu utk Bible al kitab bahasa melayu mereka? Kalau Mahfuz bersetuju maka engkau akan berhadapan dengan kemurkaan Allah sepertimana Firman Nya didalam Al Quran Surah Mariam ayat 88 - 92.

    88 "Dan mereka yang kafir berkata, Allah Al-Rahman mempunyai anak.
    89 Demi sesungguhnya kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya.
    90 Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian,
    dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah dan gunung pula nyaris-nyaris runtuh ranap,
    91 "kerana mereka mendakwa/ mengatakan Allah Al-Rahman mempunyai anak."
    92 Padahal tidaklah layak bagi Allah, Al-Rahman bahawa Dia mempunyai anak.

    Allah Ta'ala ternyata sangat2 murka dan utk makluman kita semua ayat ini telah lama wujud semenjak lebih 1400 tahun dahulu lagi. Waima ayat ini telah wujud lama sebelum Mahfuz dan kawan-kawan Keristian nya menuntut "HAK" penggunaan kalimah utk kitab Bible bahasa Melayu ini lahir ke dunia ini lagi taw! Tidak perasan kah kita semua bahawa Allah sudah tahu semenjak awal lagi bahawa mereka akan cuba buat isu ttg kalimah Allah ? Itu sebab itu kita kata sesungguhnya Allah Maha Mengetahui ttg segala sesuatu ! Siapa kita untuk mengatakan tidak mengapa pihak gereja nak gunakan kalimah itu dgn fahaman mereka yg songsang lagi syirik itu? Kita tidak bersetuju bukan sebab kita berebut HAK sebenarnya. Kita sebenarnya sangat takot dgn dosa syirik sekiranya kita bersetuju walau pun didalam hati dgn permintaan gila pihak gereja katolik kawan-kawan Si mahfuz ini.

    Kalau lah ada pemimpin UMNO berpendirian serupa macam si Mahfuz ni aku sekeluarga confirmed tidak akan keluar mengundi pada PRU13 yg lalu !!! Ada faham tak wahai para pengikut-pengikut Parti Ajaran Sesat ? Orang Melayu mesti ingat bahawa walaupun bangsa kita terpecah 3 tetapi takdir Allah masih menyebelahi Kerajaan yg ada sekarang. Demi kedaulatan ugama dan bangsa kita ayuh tinggalkan parti yg sesat lagi menyesatkan.

    ReplyDelete
  3. binatang kao mahfuz.....laknat allah keatas kau sekeluarga.....

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...